FORD MUSTANG “ELEANOR” DIBUKA UNTUK TEMPAHAN. YA, IA SUDAH BOLEH DIBELI

SHARE

Pengaruh filem dan siri televisyen terhadap automotif memang sesuatu yang meninggalkan kesan. Ia tentang cara bagaimana sesebuah jalan cerita itu digarap dan menjadikan sesebuah kenderaan itu kelihatan sangat hebat.

Impak terhadap populariti juga lazimnya menjadikan kereta tersebut mendapat permintaan mendadak. Contoh mudah ialah Toyota AE86 model asal Levin dan Trueno yang menjadi buruan seluruh dunia apabila watak Fujiwara Takumi mengangkat model ini dalam anime Initial D.

Ada banyak contoh lain seperti Knight RIder KITT dan Delorean dari filem Back to the Future.

Apabila bercakap tentang Hollywood, pasti filem Gone In 60 second akan dinamakan sebagai antara filem aksi terpenting kereta era 90-an. Filem ini memaparkan kereta Ford Mustang GT sebagai “bintang” utama yang dipandu Nicholas Cage.

BACA: FILEM TERBAIK AKSI 90-AN

TIdak menunggu lama, populariti Eleanor meletus m enjadi fenomena. Harganya melonjak. Di Amerika, pusat restorasi mula menerima model ini dari pelanggan mereka. Model-model asli menerima lonjakan yakng tak pernah dibayangkan pemiliknya.

Sambutan menggila itu juga memeri peluang perniagaan yang luas dan terbaru Fusion Motor Company mendapat lesen pengeluaran semula Eleanor Fastback tersebut.

Seperti yang diumumkankan oleh syarikat iin, mereka menandatangani persefahaman bersama pembantu penerbit Denise Halicki yang merupakan penerbit asal Gone In 60 Second tahun 1974.

Presiden Fusion Motor Companu Yoel Wazana bertemu Halicki melalui seorang kenalan dan mereka mula membincangkan secara serius tentang penghasilan semula kereta ini. Ada banyak syarikat yang menghasilkan kit semula Eleanor tetapi ia tidak mencapai standard asal pengeluaran. Kebanyakannya dibina menggunakan bahan gentian kaca yang mempunyai kualiti yang teruk.

Selepas Halicki melawat premis Fusion, beliau berpendapat syarikat ini berkemampuan menghasilkan Mustang Eleanor yang sebenar.

Setiap model ini dihasil berdasarkan Ford Mustang Fastback keluaran 1967 atau 1968 (yang dibeli semula di pasaran terpakai). Setiap badan kereta ini akan ditogelkan hingga ke rangka dasar dan diperkuatkan dengan kerangka Detroit Speed Aluma-Frame. 

Ia juga dilengkapkan dengan sistemmultilink buatan khas brek WIlwood, sistem LSD, bahan-bahan gentian karbon dan lampu LED.

Di bahagian kabin, pemandu akan duduk di atas kerusi rendah sebagaimana spesifikasi asal, kolum stering yang boleh dilaras dan pendingin hawa.

Pun begitu, pembeli juga boleh memilih opsyen lain yang disediakan seperti kerusi bucket Recaro, meter-meter buatan kustom dari Auto Meter, sistem audio dengan sambungan bluetooth dan termasuklah sistem navigasi GPS.

Terdapat lima pilihan enjin yang ditawarkan. Ia bermula dengan  5.0-liter V8 yang menghasilkan 430 hp dan pilihan enjin dengan supercharger berkuasa 600hp.

 

Bagi penggemar kapasiti pula boleh memilih ejin 427 yang menghasilkan 480hp, 560hp dan yang tertinggi 750hp.

Pembeli juga boleh memilih transmisi yang dikehendaki samada sistem gear manual enam kelajuan atau enam kelajuan automatik.

Harganya tempahan khas ini bermula USD$189,000 (RM756K) dan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan.

 

Share this post

scroll to top