FORD MUSTANG – IKON AUTOMOTIF AMERIKA

SHARE

Baru-baru ini, model terkenal buatan Ford, Mustang diperkenalkan secara serentak di enam buah bandar di empat benua berbeza. Sebagaimana yang diketahui, impak model Mustang memang besar. Buktinya, setakat ini, lebih sembilan juta unit Mustang telah terjual di seluruh dunia dalam 50 tahun ia diproduksi. 

The All-New Ford Mustang

Jentera itu juga seringkali muncul dalam filem, televisyen, permainan video, video muzik dan menjadi kereta paling diminati di Facebook. “Ford Mustang bukan sekadar sebuah buah kereta, ia adalah jiwa dan raga Ford,” kata Naib Presiden Kumpulan Ford, Raj Nair.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

GoFurther-Mustang_06

Buat pertama kalinya Ford didakwa bakal menawarkan Mustang kepada para pelanggannya di pasaran-pasaran utama di Eropah dan Asia.

15FordMustang_03_HR

Mustang baharu tampil dengan reka bentuk bersih untuk varian fastback dan convertible, sambil mengekalkan elemen rekaan utamanya. Ini pastinya hud yang beralun dan dek belakang pendek.

FordMustang-GoFurther2013_09

Bumbungnya direndahkan. Sementara fender belakang dan treknya kini lebih lebar. Lampu belakang tiga bar dengan efek 3D melengkapkan penampilan moden fascia hadapan serta gril yang berbentuk trapezoidal itu.

All-New Ford Mustang: 5.0-Liter V8

Mustang kini ditawarkan dengan tiga pilihan enjin iaitu V8 bersesaran 5.0 liter. Dilengkapi silinder dan valvetrain baharu, ia mampu menjana kuasa sehingga 420hp dan 529Nm tork.

GoFurther-Mustang_09

Enjin 3.7 liter V6 pula berkuasa 300hp dengan tork maksimum 366Nm. Manakala enjin EcoBoost® berkapasiti 2.3 liter yang menjimatkan minyak dikatakan mampu menghasilkan kuasa mencecah 305hp dan tork puncak 407Nm.

Galeri

15FordMustang_22_HRThe All-New Ford MustangAll-New Ford Mustang: SuspensionGoFurther-Mustang_07GoFurther-Mustang_08GoFurther-Mustang_10

Share this post

scroll to top