Buletin

FORD PERKENAL F-150 RAPTOR SUPERCREW DI CHINA!

Ford membuat kejutan apabila  melakukan debut model trak pikap popularnya, F-150 Raptor ke pasaran China.

2017-Ford-F-150-Raptor-Supercrew-China-mekanika (2)

Ia menjadi trak pikap bersaiz penuh dari Amerika Syarikat (AS) yang pertama ditawarkan di republik tersebut.

Harga F-150 Raptor pasti tidak murah. Sebagai contoh, sebuah Ford Mustang GT yang asalnya berharga $36,395 (RM142,000) di AS melonjak menjadi $128,680 (RM503,000) di China selepas mengambil kira tarif import, caj penghantaran, cukai dan markup oleh pengedar.

2017 Ford F-150 Raptor SuperCrew

Tambahan pula, China dijangka menerima antara varian paling tinggi iaitu SuperCrew Raptor.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin EcoBoost® V6 bersesaran 3,5 liter yang dipadankan dengan kotak gear 10 kelajuan serba baharu.

2017-Ford-F-150-Raptor-Supercrew-China-mekanika (1)

Sistem Terrain Management membolehkan pemandu memilih enam mode pemanduan untuk mengoptimumkan dinamik pemanduan di atas apa jua permukaan jalan.

Bakal berada di pasaran China mulai tahun depan, F-150 Raptor SuperCrew dilihat sebagai kesungguhan Ford untuk menawarkan inovasi terkini kepada para pelanggannya di pasaran automotif terbesar di dunia itu.

2017-Ford-F-150-Raptor-Supercrew-China-mekanika (6)

Jentera tersebut dihasilkan di kilang trak Dearbon dan dijual di 96 pasaran di seluruh dunia.

Google ads
Back to top button