Buletin

FORD RANGER TERUS LAKU – CATAT JUALAN 1,451 UNIT PADA Q1 2018

Ford Ranger mencatat jualan suku pertama yang kukuh di Malaysia dengan jualan runcitnya naik lebih sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 1,451 unit. 

Prestasi suku tahun yang kukuh itu membantu Ranger meningkatkan penguasaan pasarannya dalam segmen trak pikap kepada 15.3 peratus, naik 1.3 peratus berbanding suku pertama tahun lalu. 

“Trak pikap ‘Built Ford Tough’ Ranger dilihat berjaya menarik minat ramai pelanggan setia di seluruh negara,” kata Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, Truong Kim Phong.   

Ranger terus menjadi model paling laris Ford di Malaysia dan antara trak pikap yang paling laku di pasaran, berikutan permintaan yang semakin kukuh ke atas seluruh rangkaian modelnya.

Di Malaysia, Ranger ditawarkan dalam sepuluh varian yang merangkumi Ranger Wildtrak, Ranger FX4, XLT, XL dan varian-varian Standard. Ini membolehkannya memenuhi apa jua keperluan kerja dan gaya hidup pelanggan. 

Bagi menyokong jumlah pelanggan Ford yang pantas berkembang di Malaysia, Ford dan SDAC dilihat terus meluaskan rangkaian pengedarnya di seluruh negara, iaitu di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Baru-baru ini, Ford dan SDAC mengumumkan pembukaan pusat jualan, servis dan alat ganti baharu Ford di Sarawak, Sime Darby Auto Connexion (Kuching)

Google ads
Back to top button