Buletin

FORD S- MAX DILANCARKAN – RM234,988!

Ford dan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion hari ini secara rasmi melancarkan MPV S-MAX serba baharu di Malaysia.

 S-Max, MallorcaPhoto: James Lipman / jameslipman.com

Padat dengan teknologi pintar dan dilengkapi tujuh beg udara, S-MAX direka untuk menawarkan kemudahan terbaik buat seisi keluarga. Ia juga merupakan MPV paling berkuasa dalam kelasnya. Terima kasih kepada enjin 2.0L EcoBoost baharu yang efisien dan mampu menjana kuasa mencecah 240PS.

Ditawarkan pada harga RM234,988.00 seunit di atas jalan tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia dan RM238,288.00 di Malaysia Timur, S-MAX serba baharu didatangkan dalam tiga pilihan warna elegan iaitu putih, perak dan kelabu.

batch_Ford-S-MAX-2016-mekanika-6

“S-MAX cukup sesuai untuk mereka yang mahukan ruang ekstra, praktikaliti dan tahu menghargai lebih daripada sebuah kenderaan keluarga,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman.

S-MAX boleh menempatkan tujuh orang penumpang dengan selesa. Melalui ciri Easy-Fold pada tempat duduk kedua dan ketiga, ia berupaya menawarkan 32 kombinasi untuk ruang kargo dan tempat duduk.

batch_Ford-S-MAX-2016-mekanika-3

Sistem itu membolehkan semua tempat duduk baris kedua dan ketiga di belakang dilipat rata dengan hanya perlu menekan satu butang.

Pakej keselamatan merangkumi tujuh beg udara, Electronic Stability Control (ESC), ABS dan ISOFIX. Baru-baru ini, S-MAX menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada Euro NCAP.

Ford C-Max & S-Max, Mallorca Photo: James Lipman / jameslipman.com

Ciri keselamatan itu disempurnakan lagi dengan rangkaian teknologi pintar seperti sistem ketersambungan yang diaktifkan oleh suara SYNC 2 Ford. Sistem termaju itu menampilkan skrin sentuh warna beresolusi tinggi bersaiz 8 inci. Di samping kawalan suara untuk mengoperasikan radio, suhu dan menyambungkan fungsi telefon pintar secara bebas tangan.

Harus tahu bahawa S-MAX merupakan satu-satunya MPV dalam kelasnya yang menawarkan tempat duduk dengan ciri pemanas dan penyejuk sebagai standard. Boleh dilaras sebanyak lapan cara, tempat duduk Ford Multi-Contour itu mempunyai fungsi urutan Active Motion.

batch_Ford-S-MAX-2016-mekanika-8

Untuk maklumat lanjut dan menempah sesi pandu uji S-MAX serba baharu, layari laman web: www.ford.com.my

Google ads
Back to top button