Buletin

FORD S-MAX VIGNALE CONCEPT

Ford Motor Company semalam memperkenalkan model Ford S‑MAX Vignale Concept sebagai sebahagian daripada usahanya mengembangkan visi produk dan pengalaman pemilikan mewah untuk pengguna di pasaran Eropah. 

Ford-S-MAX-Vignale-Concept-Mekanika  (6)

Ford S-MAX Vignale Concept mengikut langkah model Ford Mondeo Vignale Concept yang menampilkan rekaan premium dan spesifikasi eksklusif. Versi produksi Mondeo Vignale dijangka berada di pasaran pada tahun depan, sebelum diikuti oleh S-MAX Vignale.

“Pasukan reka bentuk Vignale diinspirasikan oleh trend yang berlaku dalam industri perabot dan fesyen,” kata Pengarah Eksekutif Reka Bentuk, Ford of Europe, Martin Smith.

Ford-S-MAX-Vignale-Concept-Mekanika  (7)

MPV mewah ini dipasang dengan rim aloi Vignale bersaiz 21 inci. Di samping kemasan berkualiti tinggi, rekaan gril berbentuk heksagonal dan warna coklat Milano Grigio yang unik.

Dari segi teknologi pula, jentera tersebut dilengkapi sistem komunikasi termaju, stesen docking komputer tablet untuk penumpang baris kedua serta tempat duduk yang nipis dan fleksibel.

Ford-S-MAX-Vignale-Concept-Mekanika  (3)

Ruang kabin yang berwarna gelap diinspirasikan daripada trend pakaian lelaki sekarang. Material kulit digunakan pada papan pemuka, panel instrumen hinggalah ke kompartmen belakang. Penggunaan satu tona membuatkan ruang dalaman MPV ini seperti sebuah lounge.

Menurut Ford, separuh daripada kenderaan bersaiz besarnya dijual dengan spesifikasi tinggi. Malah, 10 hingga 15 pelanggannya mahukan spesifikasi dan kualiti khidmat pelanggan yang lebih baik.

Ford-S-MAX-Vignale-Concept-Mekanika  (2)

“Kami tahu bahawa ramai pelanggan mahukan sebuah kenderaan Ford yang lebih eksklusif dan mewah berbanding apa yang telah ditawarkan di pasaran Eropah sekarang. Justeru, Vignale akan memenuhi keperluan ini dengan pendekatan yang segar,” jelas Naib Presiden Pemasaran,Jualan dan Servis Ford of Europe, Roelant de Waard.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button