FORD SAMAN JOHN CENA – SELEPAS BUAT KEUNTUNGAN DENGAN MENJUAL FORD GT 2017 BELIAU

SHARE

Superstar WWF, John Cena telah disaman oleh Ford kerana menjual supercar Ford GT 2017 kepunyaan beliau dan mendapat keuntungan hasil jualan tersebut. Haih, jual kereta sendiri pun salah ke? Jawapannya memang salah dalam kes Ford GT ini. Ini kerana perkara ini memang termaktub dalam kontrak jual beli Ford GT. Samalah juga salahnya dengan jual kereta sambung bayar kan?

Salinan writ saman telah tersebar di internet menerangkan yang Cena, 40 tahun sepatutnya mengekalkan pemilikan beliau terhadap Ford GT tersebut selama 2 tahun sebelum boleh menjualnya.

Tapi malangnya beliau telah melanggar kontrak dengan menjual supercar yang dihasilkan di Michigan sejurus selepas menerima kereta terbabit dan mengambil keuntungan hasil jualan tersebut. Kira dah jadi macam broker pulak si Cena ni.

“Selepas dipilih daripada ribuan pemohon yang ingin memiliki Ford GT, John Cena telah didapati melepaskan hak milik selepas diserahkan kepadanya, walaupun beliau bersetuju dengan syarat Ford untuk mengekalkan hakmilik selama 2 tahun”, antara ayat yang terkandung dalam writ saman tersebut.

BACA: KOS UNTUK MENGECAT FORD GT MENGIKUT WARNA PILIHAN ANDA – RM126,000 SAHAJA

Berdasarkan maklumat juga, Cena didapati telah membuat keuntungan hasil transaksi tersebut yang melanggar kontrak asal dengan Ford. Ford juga mendakwa yang ia menjejaskan nama baik jenama mereka dan persetujuan asal disebabkan penjualan yang tidak berhemah itu.

Cena dikenakan lima tuduhan oleh Ford antaranya ialah perlanggaran kontrak, penipuan, dan penipuan secara halus. Ford bagaimanapun bersedia menyelesaikan hala saman ini dengan syarat Cena menyerahkan kesemua keuntungan yang diperolehi hasil jualan Ford GT tersebut beserta dengan beberapa kos lain lagi.

Cena mengakui pertuduhan menjual Ford GT tersebut beserta beberapa hartanah lain untuk menjelaskan beberapa bayaran yang tidak dapat dielakkan. Beliau menyatakan yang beliau memahami kehendak Ford dan akan mencari jalan untuk berkerjasama dengan Ford bagi memperbetulkan keadaan. Cena juga memohon maaf atas hal di atas. Ini baru gentleman bari seorang penggusti professional.

(Visited 9,073 times, 147 visits today)

Share this post

scroll to top