Buletin

FORD UJI TEKNOLOGI BANTU PEMANDU TIDAK PERLU LALU LAMPU MERAH

Bayangkan jika anda boleh menghantar anak ke sekolah, pergi ke pejabat dan membeli-belah tanpa perlu melalui satu pun lampu merah.

Satu teknologi sedang diuji pada kenderaan Ford untuk menjadikan pemanduan lancar tanpa lampu merah pada setiap hari satu realiti. Penunjuk Kelajuan Optimal Lampu Hijau menggunakan maklumat masa lampu isyarat daripada satu unit di tepi jalan untuk memberitahu pemandu tentang kelajuan terbaik bagi mendapatkan lampu hijau.

ford-smart-traffic-lights-mekanika

Ford menguji teknologi tersebut untuk membantu menunjukkan manfaat kenderaan yang terhubung untuk UK Autodrive – ujian kenderaan berautonomi dan terhubung paling besar di negara tersebut.

Projek yang melibatkan 16 pihak berkepentingan bernilai £20 juta dan sebahagiannya dibiayai oleh dana awam itu berperanan membangun serta menguji pelbagai teknologi kenderaan-ke-kenderaan dan kenderaan-ke-infrastruktur yang boleh membuatkan pemanduan lebih menyenangkan serta kurang membuang masa, selain menambah baik aspek penjimatan bahan api.

Ford-Raya-Sales-Promo-mekanika  (4)

“Tidak ada apa yang lebih teruk selepas penat seharian penat bekerja, kita terpaksa melalui satu demi satu lampu merah, selain perlu memandu dan bergerak semula di setiap persimpangan jalan,” kata Penyelia, Teknologi Bantuan Pemandu, Penyelidikan dan Kejuruteraan Lanjutan Ford, Christian Ress.

“Dengan membolehkan pemandu untuk melalui lampu hijau, ia juga bermakna perjalanan yang lebih lancar dan dapat membantu menambah baik aliran trafik serta mengurangkan emisi karbn dioksida dan penggunaan bahan api secara signifikan.”

ford-electronic-emergency-brake-light-mekanika

Para pemandu di UK menghabiskan selama dua hari setiap tahun kerana menunggu lampu merah. Teknologi sama telahpun digunakan oleh penunggang basikal di Copenhagen dan Amsterdam untuk mengelak lampu merah. Jika pemandu tidak dapat mengelak daripada terpaksa melalui lampu merah, sistem itu kemudian akan memaparkan tempoh lampu isyarat bertukar hijau.

Beberapa unit Mondeo Hybrid yang disediakan oleh Ford turut menguji teknologi Lampu Brek Kecemasan Elektronik (Emergency Electronic Brake Lights). Ia memberi amaran apabila kenderaan di hadapan membrek secara tiba-tiba – atau sudah berlaku kemalangan yang tidak dapat dilihat – sehingga jarak sejauh 500 meter.

Teknologi-teknologi yang akan diuji tahun depan itu juga mampu memberi amaran kepada pemandu apabila ada kenderaan menghalang persimpangan di hadapan; bila ambulans, kereta polis atau trak bomba semakin hampir dan mengutamakan ketibaan kenderaan di simpang tanpa sebarang tanda jalan atau lampu isyarat.

Ujian dijalankan di jalan raya awam dan litar tertutup di Milton Keynes dan Coventry untuk dua tahun akan datang.

Google ads
Back to top button