BuletinSpyshot

FOTO TOYOTA C-HR BOCOR

Anda kini sedang melihat jentera terbaharu Toyota, C-HR. Biarpun dijangka dipamerkan  pada acara Geneva Motor Show 2016 minggu depan, gambarnya telah bertebaran di internet.

Toyota-c-hr-geneva-2016-mekanika (3)

Melihat kepada tweet daripada Carscoops, reka bentuknya tidak banyak berubah daripada model konsep lima pintu yang ditunjukkan oleh Toyota dengan jenama Scion.

Model konsep tersebut dipertontonkan kepada umum pada LA Autoshow 2015 dan dengan lencana Toyota di Frankfurt.

Toyota-c-hr-geneva-2016-mekanika (4)

Lampu hadapannya kini lebih tajam. Rekaan bumbung terapung C-HR dikekalkan dan bahagian pengambilan udara di bawah logo Toyota itu kini lebih besar.

Dengan fender yang besar dan hendal pintu yang disembunyikan, rekaan C-HR dilihat mengambil sedikit inspirasi daripada Nissan Juke.

Toyota-c-hr-geneva-2016-mekanika (1)

Toyota mengesahkan bahawa C-HR bakal dikuasakan oleh rangkaian kuasa hibrid. Jentera ini dibina di atas platform Seni Bina Global Toyota baharu yang turut digunakan oleh Prius.

Google ads
Back to top button