Buletin

GAIKINDO 2016: DEBUT DUNIA MITSUBISHI XM

MITSUBISHI XM Concept telah pun melakukan debut dunia di Pameran Permotoran Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2016 petang tadi.

batch_Mitsubishi-XM-Concept-Gaikindo-2016-mekanika4

Tampil sebagai model kenderaan pelbagai guna (MPV) crossover, Mitsubishi XM Concept dilihat sebagai model  ideal untuk pasaran Indoensia.  MPV tujuh tempat duduk itu akan menjadi pesaing langsung dengan model-model MPV bajet seperti Honda BR-V, Toyota Avanza, Honda Mobilio dan Suzuki Ertiga.

Nama XM ialah gabungan huruf X yang bermaksud crossover dan M (MPV). Ia menggabungkan praktikaliti sebuah MPV dengan keupayaan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang sememangnya sinonim dengan Mitsubishi.

batch_Mitsubishi-XM-Concept-Gaikindo-2016-mekanika1

Mitsubishi XM Concept direka untuk pemanduan jarak jauh dengan kemampuan meredah situasi jalan ekstrem seperti banjir dan laluan tidak berturap. Tiada spesifikasi lengkap didedahkan, tetapi XM Concept dikhabarkan bakal menggunakan pacuan roda depan (FWD) dan dijana ole enjin petrol berkapasiti 1.5 liter.

batch_Mitsubishi-XM-Concept-Gaikindo-2016-mekanika3

“XM Concept yang kami kami perkenalkan pada hari ini akan menjadi langkah penting dalam memulakan perjalanan Mitsubishi Motors memperkenalkan kenderaan pelbagai guna kepada keluarga di Indonesia menjelang tahun 2017,” kata Presiden PT PKB, Hisashi Ishimaki.

Google ads
Back to top button