GANTI INFLATOR BEG UDARA TAKATA – HONDA AKAN PERGI RUMAH KE RUMAH!

SHARE

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa semua 84 buah pengedar sahnya di seluruh negara akan menggerakkan kakitangan masing-masing ke setiap rumah pelanggan yang terlibat dengan penukaran inflator beg udara pemandu Takata.

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan lagi kesedaran dan kepentingan menukar komponen terbabit. Selain membantu mempercepatkan aktiviti penggantian secara percuma itu dan akan dimulakan sekarang hingga 31 Disember 2016.

honda-malaysia-mobile-hub-takata-mekanika-1

Pasukan bergerak itu akan memakai pakaian seragam Honda (sila rujuk gambar di bawah), bersama surat pengesahan untuk memudahkan pelanggan mengenal pasti mereka.

Pelanggan boleh menghubungi talian Tol Percuma Honda: 1-800-88-2020 atau pengedar sah Honda untuk mengesahkan pasukan tersebut. Mereka akan menukar komponen terbabit sekiranya pelanggan benar-benar tidak boleh pergi ke mana-mana pengedar atau hab penukaran sementara.

honda-mobile-takata-mekanika-3

Honda Malaysia menggesa pelanggan yang terlibat supaya membuat temu janji dengn mana-mana pengedar Honda dan Hab Pusat Servis Honda. Penggantian di Hab Mudah Alih dan Honda Family Road Trip tidak memerlukan temu janji terlebih dahulu.

Rujuk jadual di bawah:

honda-mobile-takata-mekanika-1

honda-mobile-takata-mekanika-2

Sehingga 8 Disember 2016, Honda Malaysia telah menggantikan 68 peratus inflator beg udara Takata untuk penumpang hadapan.

Honda Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendekati pemilik kenderaan Honda yang terjejas berdasarkan kepada data JPJ.

PAKAIAN SERAGAM PASUKAN MOBILE HONDA MALAYSIA

uniform-honda-mobile-takata-mekanika-4 uniform-honda-mobile-takata-mekanika-5 uniform-honda-mobile-takata-mekanika-6 uniform-honda-mobile-takata-mekanika-7 uniform-honda-mobile-takata-mekanika-8

(Visited 87 times, 1 visits today)

Share this post

scroll to top