Artikel PilihanBuletin

GEELY KINI MILIKI SISTEM HYBRID DARI TOYOTA DENGAN HANYA 60 SEN

Hunan Corun New Energy Co., Ltd (Corun), pemegang saham kedua terbesar dalam Kumpulan Zhejiang Geely Holding Group, dilaporkan membeli teknologi teras Toyota, THS (Toyota Hybrid System) untuk nilai hanya RMB 1 (RM 0.60 sen), menurut saluran media China .

Hakmilik paten asas Toyota yang berkaitan dengan sistem kuasa hibrid THS tamat tempoh pada bulan Februari, 2017 dan ia tidak lagi dilindungi di bawah perlindungan undang-undang hakcipta seperti yang dilaporkan oleh Laporan Pembangunan Harta Intelek Industri Automotif China (2016).

BLUE GEELY

Geely Auto Group mengumumkan Inisiatif “Blue Geely” pada November 2015 dengan sasaran jualan tahunan 2 juta unit pada tahun 2020 dan kenderaan NEV bakal mewakili 90% jualan kereta baru pada masa itu.

 

Pakar dalam industri menganalisis bahawa perancangan pelaburan dan jualan pengeluar mengandaikan bahawa 35% daripada matlamat jualan NEV dapat dihasilkan oleh kenderaan elektrik sepenuhnya, manakala baki sebanyak 65% boleh dicapai dengan kenderaan hibrid.

Sebelum melancarkan inisiatif NEV, Geely dan Corun membiayai usaha sama yang digelar ChinaHybrid System Co., Ltd (CHS Company) seawal tahun 2014. Ia ditubuh dengan skop perniagaan untuk kerja-kerja  R&D, pembuatan dan pemasaran sistem hibrid, transmisi juga sebagai pek bateri.

Selain itu, Corun juga membekalkan Toyota dengan pek bateri kuasa, menjadikannya salah satu pembekal komponen di China yang mengetahui teknologi kuasa hibrid pembuat kereta Jepun itu.

Suntikan modal di Corun adalah usaha bermanfaat bagi Geely membentuk perkongsian dengan Toyota. Dong Changzheng, naib presiden Toyota Motor (China) Investment Co, Ltd, mendedahkan pada November tahun lepas bahawa Toyota bekerjasama dengan Geely untuk mempopularkan teknologi kuasa hibrid melalui Corun.

 

Google ads
Back to top button