Buletin

GEELY TUBUHKAN DIVISYEN MOTORSPORT. LOTUS EVORA DAN PASUKAN CYAN RACING JADI PERINTIS

Ramai orang kata, syarikat kaya dari China hanya cuba mengaut keuntungan dengan pelaburan yang mereka mampu buat pada hari ini. Namun bagi sektor automotif, falsafah ini berbeza dengan apa yang cuba dilakukan oleh Geely. Rakan strategik Proton yang baru.

Geely mahu jadi lebih dari setakat firma pengeluar kereta yang kaya dan berjaya. Mereka bukan sahaja membeli syarikat-syarikat automotif, penting, tetapi turut mengembangkannya supaya modul perniagaan mereka berdaya saing.

BACA: GEELY HAMPIR MILIKI BMW

Terbaru, Geely telah menubuhkan Geely Group Motorsport. Sayap baru ini bertindak sebagai divisyen pembangunan sukan motor yang bekerjasama dengan pasukan perlumbaan pertama mereka Lotus Cyan Racing.

Cyan Racing adalah pasukan yang berasal dari Sweden dan telah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam perlumbaan Kereta Touring Dunia (WTCC)

Lotus Cyan Racing akan menampilkan pelumba Prince Carl Philip, pemenang podium kedua Swedish GT 2017 yang digandingkan bersama Thed Björk serta pemenang lima kali kelas touring Richard Göransson.

Pasukan ini akan memulakan kerjasama mereka dengan Geely menerusi perlumbaan pembukaan yang akan diadakan di Knutstorp di Sweden pada 4 dan 5 Mei nanti. Ia diikuti dengan empat lagi pusingan perlumbaan kelas GT4 yang akan berentap dengan McLaren, Porsche, Ferrari dan macam-macam kereta lagi.

Memandangkan Volvo tidak lagi layak berlumba dalam WTCC berikutan perubahan regulasi, kehadiran pasukan seliaan Geely ini pasti menjadi satu perkembangan yang menarik.

 

Google ads
Back to top button