GIVI EXPLORER – DI SINILAH PRODUK KELUARAN GIVI DIUJI DALAM DUNIA SEBENAR

SHARE

Sebagai salah satu pengeluar aksesori motorsikal terkemuka dunia, GIVI yang berasal dari Itali telah membuktikan produk mereka tahan lama dan berkualiti tinggi. Untuk mendapat hasil yang terbaik buat pengguna, pada setiap akhir tahun GIVI mengambil inisiatif yang digelar ‘GIVI Explorer Tour’.

Kembara ini merupakan medan dimana produk-produk terbaru dan akan datang dari GIVI diujicuba didalam kondisi ekstrem dan
cuaca yang pelbagai. Pada November lalu, ‘GIVI Explorer – The Golden Triangle Adventure’ telah melintasi 3 negara di Indochina iaitu Thailand, Kambodia dan Vietnam.

BACA: PREMIS GIVI TIRUAN DISERBU KPDNKK

Kembara ini melibatkan 25 peserta dari seluruh dunia iaitu China, Australia, Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Taiwan, Amerika Syarikat, Columbia, Bolivia, Sepanyol, Itali, Vietnam dan Malaysia sendiri. Manakala motorsikal yang digunakan dipilih dari banyak model dan jenama untuk mempamerkan kepelbagaian dan kesesuaian produk GIVI.

Antara motorsikal itu adalah Honda Africa Twin, Kawasaki Versys, Suzuki V-Strom, BMW GS, Yamaha Tenere, Honda X-ADV dan Triumph Tiger.

Menurut Joseph Perucca, Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI yang turut serta di dalam program ini dan bertindak selaku Ketua Delegasi, “GIVI Explorer merupakan medan terbaik buat kami mengguna dan menguji produk-produk terbaru. Dengan ujian yang ekstrem sepanjang 10 hari perjalanan, banyak data dan informasi dapat kami kumpulkan untuk dipanjangkan kepada jabatan penyelidikan (R&D). Sekaligus, kami dapat melakukan penambahbaikan sebelum produk akhir dikeluarkan untuk jualan kepada pengguna”.

Tambahnya lagi, “Selain itu, kami juga mengambil peluang kembara ini untuk melakukan kerja amal iaitu “Riding for Reading’ dimana kami memberi sumbangan didalam bentuk alatulis, makanan, susu dan dana tunai untuk kanak-kanak kurang berkemampuan dari Ho Chin Minh
City, Vietnam”. Acara ini turut disertai oleh Hendrika Visenzi, Timbalan Presiden GIVI yang mewakili pihak ibu pejabat di dalam sumbangan barangan kepada kanak-kanak berkenaan.

Share this post

scroll to top