GO DADDY DAH GILA. KERETA KLASIK BOLEH BUAT PINJAMAN?

SHARE

Kereta klasik, vintaj, old school – sekolah lama (disebut Olskool) adalah satu benda subjektif bila berbicara tentang hobi, nilai sentimental, dan bahan koleksi. Di mana-mana sahaja negara di dunia, kereta-kereta klasik mempunyai komuniti tersendiri, bergantung kepada budaya negara itu.

Jika di Amerika Syarikat, kereta-kereta klasik mereka berkisar tentang Hot Rod dan custom, di benua Asia, trend olskool bercampur-campur.

Memandangkan kebanyakan negara sebelah sini menggunakan pemanduan stereng sebelah kanan dan juga kesan penaklukan Jepun waktu Perang Dunia Kedua, maka kereta Jepun telah menjadi sebahagian “budaya” dalam masayakat kereta di Malaysia.

Satu masa dahulu, ia hobi yang murah. Kereta-kereta begini boleh dibeli pada harga rendah dan menjadi hobi di kalangan pengumpul membaikpulih atau merestorasi dengan gaya moden dengan memadankan dengan enjin yang lebih berkuasa. 

Namun lama kelaman, kereta-kereta klasik Jepun pun menjadi buruan di seluruh dunia. Ia tidak lagi menjadi hobi masa lapang. Kereta-kereta klasik perlu komitmen tinggi. 

Sejak beberapa tahun lepas, muncul pengimport yang membuat pengkhususan membawa masuk kereta-kereta klasik. Salah satunya ialah Go Daddy Motorsport yang merupakan peneraju pada import klasik dari Jepun.

Mengikut sistem peraturan yang ditetapan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) sebelum ini, kereta-kereta yang berusia 25 tahun atau lebih dibenarkan diimport masuk.Bagaimanapun pada bulan lepas, MITI telah membuat ketetapan baru bila usia kereta-kereta klasik dianjakkan menjadi 35 tahun.

Garis panduan baru telah dikeluarkan dan hanya kenderaan berusia lebih 35 tahun untuk kategori klasik dan 50 tahun untuk kelas vintaj. Peraturan baru tersebut telah berkuatkuasa bermula 1 Julai lalu. Kini, bagi kelas klasik, kenderaan yang boleh diimport masuk sekurang-kurangnya didaftarkan pada tahun 1983 ke bawah.

Ia menjadi semakin sukar untuk membeli kereta klasik di pasaran kerana harganya yang terus meningkat.

Kereta-kereta klasik belum daftar (unregister) yang ada di pasaran sekarang kebanyakannya telah di bawa masuk sebelum peraturan baru dikuatkuasakan.

Namun seperti yang kita sedia maklum, pembelian kereta-kereta begini kesemuanya memerlukan tunai. Tiada kemudahan pinjaman disediakan oleh pihak bank atau pengendali pinjaman kredit berlesen.

BERITA BAIK!

Tapi ada berita baik kerana baru-baru ini syarikat Go Daddy sudah mendapat lampu hijau untuk memberi pinjaman bagi memberi kereta klasik idaman anda. Dan lebih gembira lagi, Go Daddy memiliki stok tersedia (yang dibawa masuk sebelum peraturan baru dikuatkuasakan) yang terdiri daripada Suzuki Alto Works, Nissan Pulsar, Lancia Dela dan Daihatsu MIra.

Kini, kereta-kereta dari Go Daddy boleh dibeli dengan kemudahan pinjaman sepertimana kereta-kereta baru. Berikut adalah beberapa kriteria yang ditetapkan;

  • Tempoh pinjaman – 48 bulan  – 84 bulan (maksima)
  • Jumlah pinjaman RM5,000 minimum – bergantung pada kelayakan peminjam
  • Fasiliti kredit untuk kereta klasik. Sama seperti pinjaman kereta baru. Dokumentasi wajib seperti e-hakmilik dan hak milik dituntut. 

Berbeza dengan kereta-kereta klasik Amerika, kereta Jepun dalam kelas Kei Car masih lagi dalam lingkungan mampu mililk. Suzuki Alto Works misalnya, cuba berharga RM28,000.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh berhubung terus dengan Dato’ Mohd Khairul pemilik Go Dadyy Motorsport di talian +60 16-233 1484.

Di bawah ialah kereta-kereta yang berada dalam pusat pameran Go Daddy Motorsport yang ditawarkan untuk jualan. Anda boleh datang sendiri ke alamat di bawah untuk melihat sendiri kereta-kereta tersebut.

Lot 1 Sun Oto City
Jalan Klang Lama
46000 Petaling Jaya
Selangor

GALERI

Share this post

scroll to top