Buletin

GOODYEAR DEDAH TAYAR KONSEP KERETA BERAUTONOMI

Pengeluar tayar terkemuka dunia, Goodyear Tire & Rubber Company telah mendedahkan dua tayar konsep pada acara Geneva International Motor Show baru-baru ini.

batch_Goodyear- IntelliGrip-mekanika

Tayar yang inovatif itu dilihat mampu membentuk masa depan kenderaan berautonomi.

Tayar konsep Eagle-360 iyang berbentuk spherical itu memiliki beberapa ciri utama seperti ketersambungan, penukaran arah dan biomimicry. Sementara tayar IntelliGrip pula menampilkan alat pengesan dan teknologi bunga yang canggih.

Biarpun kedua-dua tayar itu adalah konsep masa depan, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Teknikal Goodyear, Joseph Zekoski menyatakan ia mewakili aspek penting strategi inovasi Goodyear. Selain visinya untuk mobiliti pintar dan selamat.

Google ads
Back to top button