GPX DEMON 150R, MOTOR BUATAN THAILAND YANG LARIS – YA. INI MOTOR SIAM!

SHARE

Sebenarnya tak banyak negara dalam dunia yang ada industri motosikal sendiri. Modenas contohnya, adalah salah satu pembuat motosikal yang kita ada dan walaupun ramai yang skeptik kononnya Modenas banyak rebadge sahaja. Sekurang-kurangnya kita ada industri yang menyuntik ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan dan juga memajukan Kodiang, eh silap, Gurun, Kedah.

Industri motosikal adalah sama kompleksnya dengan kereta, cuma ia tidak sesukar kereta yang memerlukan ribuan komponen dan juga regulasi yang sangat ketat. 

BACA: LELAKI INI UBAHSUAI MOTOR 150CC JADI HAYABUSA!

Motosikal adalah pengangkutan umum dan banyak negara masih belum menetapkan polisi ECE dan juga piawaian Eropah yang mengada-ngada.

Jadi apa ceritanya di Thailand? Thailand juga ada industri motosikal mereka sendiri. Ia dikenali dengan nama GPX. Operasi mereka adalah tentang motosikal berkuasa rendah. Sekitar 150cc.

Namun menariknya tentang GPX ialah, ia hasilkan motosikal yang menarik. Tidak hairanlah, selain Honda dan Yamaha, GPX menduduki tempat ketiga dari segi jualan di Thailand, mengatasi Kawasaki dan Suzuki.

Dan yang ini pula ialah GPX Demon 150GR, motosikal terbaru yang menampilkan sportbike kecil 150cc empat lejang terkini dalam kelasnya. 

Tanpa berselindung, GPX memang memadankan gaya Eropah, Rekaan lampu hadapannya berinsipirasi dari Ducati nampaknya.

Penggunaan lampu DRL yang sedikit tersorok memperlihatkan sedikit sentuhan gaya Panigale.

Ia baru sahaja dilancarkan di pameran Moto Expo 2017 di Thailand. 

Walaupun nampak bersaiz besar, sebenarnya, motosikal ini lebih kecil. Sebagai perbandingan, roda hadapannya bersaiz 120/70-14 dan belakangnya 140/70-14 – saiz Yamaha NVX 155.

Ia dikelaskan bersama dengan Honda Grom 125 (MSX 125) dan Kawsaki Z125. Pun begitu, ciri-ciri spesifikasi yang dipadankan padanya ternyata tidak kalah.

Lampu hadapan dan belakangnya dari LED, bentangan paparan meternya dengan LCD penuh dan Digital.

Suspensi hadapannya jenis terbalik (USD) buatan Kayaba bukannya dari jenama ayam serama. Suspensi belakangnya jenis monoshock, brek cakera berkembar di hadapan dan brek cakera belakang.

GPX Demon 150R dikuasakan enjin empat lejang satu selinder 149cc SOHC dan bentangan ekzos di bawah kerangka – memang stail Ducati. 

Ia didatangkan dengan pilihan lima warna dan warna flagship mereka ialah merah (Ducati lagi!)

Harga? 64.500 Bhat atau RM8,000. 

Di Thailand, motosikal dalam kelas fun bike ini emmang ada permintaan yang bagus. Jadi, bagi sebuah syarikat bebas yang kecil, bersaing dalam pasaran begini adalah lebih rendah risikonya.

Steady juga GPX ni kan?

GALERI

 

 

(Visited 2,922 times, 165 visits today)

Share this post

scroll to top