GUNA LESEN TERBANG? ANDA ADA MASA SEBULAN UNTUK SERAHKAN ATAU BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG!

SHARE

Pemandu dan penunggang motosikal yang menggunakan ‘lesen terbang’ diberi tempoh selama sebulan untuk menyerahkan lesen masing-masing. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pagi tadi.

“Jika menyerah diri, mereka tidak akan dikenakan tindakan. Sekiranya berdegil, kami akan cari mereka dan kenakan tindakan undang-undang,” kata Anthony.

Mereka perlu menyerahkan leseh kepada Unit Integriti, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai hari ini. Jika didapati bersalah, pemegang lesen terbang boleh didakwa di bawah Seksyen 114, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sabit kesalahan, pesalah boleh didenda mengikut Seksyen 108 APJ 1987 yang menetapkan hukuman minimum denda RM5,000 atau penjara atau kedua-dua sekali.

Lesen terbang merujuk kepada lesen yang diperoleh secara haram dengan hanya membuat bayaran tanpa menjalani ujian bertulis dan praktikal.

kredit foto: Metro Driving Academy

Isu tersebut timbul selepas sindiket pengeluaran lesen yang tidak mengikut prosedur sah itu dibongkar baru-baru ini. Sindiket yang melibatkan pegawai JPJ itu dikatakan memproses maklumat pemohon menggunakan Prosedur Penukaran Lesen Memandu Luar Negara.

Sedangkan pemohon terbabit tidak pernah pergi atau bekerja dan tidak memiliki lesen memandu di luar negara.

Dianggarkan terdapat lebih 14,000 lesen terbang dikeluarkan melalui cara ini dalam tempoh dua tahun lalu. Ia melibatkan bayaran di antara RM2,000 hingga RM3,500 untuk satu lesen.

Untuk makluman, sistem JPJ mempunyai data dan maklumat mereka yang membayar pegawai JPJ terbabit untuk mendapatkan lesen terbang itu.

Share this post

scroll to top