GUNA MYVI GENERASI KEDUA? JANGAN RISAU, PERODUA AKAN SEDIAKAN KOMPONEN  SECUKUPNYA

SHARE

Perodua hari ini menyatakan komitmen untuk terus menyediakan alat ganti buat model popularnya, Myvi generasi kedua.

Komitmen itu dinyatakan menerusi pembukaan satu saluran produksi alat ganti yang baru; 

Bakal dioperasikan oleh vendor Perodua, IQM Sdn Bhd di Proton City, Tanjung Malim, ia bertanggungjawab menghasilkan komponen-komponen seperti  hud, pintu, fender, panel-panel suku dan bumbung.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

“Demi memberi ketenangan minda dan keselamatan kepada pelanggan, kami komited untuk terus menghasilkan alat ganti berkualiti tinggi serta mampu milik,” kata Presiden Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd., Takahashi Masanori pada majlis pembukaan rasmi Saluran Alat Ganti Servis Perodua, Jumaat lalu. 

Langkah Perodua untuk melakukan outsource produksi alat ganti Myvi generasi kedua adalah kerana kemudahan pengilangannya sudah mencapai kapasiti maksimum.

Memandangkan IQM telah menjadi pengeluar alat ganti Viva sejak produksinya ditamatkan pada 2014, syarikat itu sememangnya calon yang paling layak untuk projek ini.    

Selain Myvi generasi kedua dan Viva, alat ganti tulen untuk Myvi generasi pertama, Kelisa dan Kancil masih dihasilkan oleh vendor-vendor tempatan hingga ke hari ini.

Untuk rekod, lebih 519,000 unit Myvi generasi kedua telah dihasilkan bermula Mei 2011 hingga Oktober 2017.

Buat masa sekarang, Myvi Service Parts Line di IQM Tanjung Malim hanya menghasilkan komponen badan model tersebut. Manakala alat ganti enjin dikeluarkan oleh PMSB in Rawang. Alat-alat ganti lain pula dihasilkan oleh vendor-vendor berbeza.

Share this post

scroll to top