Artikel PilihanBuletin

HADLAJU JALANRAYA PERLU DIMANSUHKAN – KAJIAN JABATAN PENGANGKUTAN UK

Dalam satu kajian yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Britain melaporkan bahawa had kelajuan 60bs/j (96km/j) di jalanraya awam harus dikurangkan – dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan.

Bukan itu sahaja. Laporan itu juga mencadangkan pemasangan lebih banyak kamera serta purata hadlaju bagi “pemabuk” dikurangkan lagi, sebagai sebahagian daripada cadangan tambahan untuk meningkatkan keselamatan di jalan-jalan Britain.

Laporan ini secara khusus mencatatkan bahaya hadlaju pada jalan-jalan negeri yang hanya mempunyai satu lorong.

Sesetengah pihak berkuasa tempatan mengurangkan lagi kadar had laju dari 60bs/j (96km/j) kepada 50bs/j (80km/j). Malah ada yang menetapkannya pada kelajuan 40bs/j (64km/j).

Sebenarnya, hadlaju yang terlalu rendah menjadikan pemandu lebih agresif dan berbahaya.

Laporan itu juga mencadangkan kementerian supaya memasang lebih banyak kamera pengawasan kelajuan kerana statistik menunjukkan bahawa kamera telah berjaya mengurangkan kemalangan maut dengan drastik.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan UK berkata: “UK mempunyai beberapa jalan paling selamat di dunia tetapi kami sentiasa berusaha untuk berbuat lebih baik. Kami sedang mempertimbangkan penemuan semula kajian ini ”

 

Google ads
Back to top button