HÅKAN SAMUELSSON – CEO VOLVO INI ADALAH TOKOH KERETA DUNIA TAHUN 2018

SHARE

Apabila bercakap tentang Volvo biasanya akan ada yang menggagumi Geely kerana membeli syarikat itu dan kemudian berjaya membuat lonjakan prestasi. Hakikatnya ialah kejayaan tersebut bukan sahaja disebabkan Geely tetapi individu dan perancangan hebat di belakang Volvo.

Pengiktirafan tersebut akhirnya jatuh kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Håkan Samuelsson apabila beliau dianugerahkan Tokoh Kereta Dunia Tahun 2018 sempena Pamerkan Kenderaan Antarabangsa Geneva di Switzerland.

Menurut beliau, pengiktirafan ini juga adalah tanda penghargaan buat organisasi Volvo Cars secara keseluruhannya. Untuk pengetahuan bersama, di bawah ialah pencapaian Volvo Cars.

  • Di bawah kepimpinan Håkan Samuelsson, Volvo Cars memperkenalkan platform Scalable Product Architecture dan Compact Modular Architecture yang menghasilkan tujuh model baharu dalam tempoh tiga tahun sebelum ini
  • Volvo Cars berjaya mencatatkan rekod keuntungan dan jualan pada tahun 2017 – Peningkatan 27.7 peratus keuntungan operasi dan jualan global sebanyak 571,577 unit
  • Ini adalah rekod pertumbuhan selama empat tahun berturut-turut
  • Buat kali pertama Volvo Cars memperkenalkan tiga buah SUV untuk pasaran global
  • Volvo Cars pada 2017 mengumumkan bahawa kesemua kereta baharu yang dilancarkan pada 2019 akan menggunakan motor elektrik
  • Volvo Cars juga mentransformasikan Polestar kepada sebuah syarikat khusus bagi menghasilkan kereta elektrifikasi 
  • Håkan Samuelsson juga watak penting dalam menjalin kerjasama yang lebih dalam bersama Geely Holding dan rakan strategik lain
  • Kerjasaama dengan Geely bermula pada tahun 2017 bagi meraih sekala ekonomi dalam pembangunan teknologi
  • Pada 2017, Volvo Cars telah menandatangani perjanjian rangka kerja dengan Uber bagi menjual 24,000 unit kenderaan yang serasi dengan teknologi autonomi bermula dari tahun 2019 hingga 2021

Håkan Samuelsson ternyata tokoh automotif hebat apabila pengiktirafan ini adalah tambahan kepada anugerah lain seperti Anugerah Stereng Emas oleh majalah Springer dari Jerman dan Anugerah Disruptor of the Year oleh CNET.

Kehebatan Volvo Cars bukan sahaja terletak pada sokongan kewangan dan kepercayaan oleh Geely sahaja tetapi oleh modal insan dan budaya kerja di sebalik syarikat itu sendiri.

Share this post

scroll to top