Buletin

HANYA 20 HARI LAGI, PELUANG BERSAMA PASUKAN #6 MANCHESTER UNITED

Walaupun pasukan bolasepak Inggeris Manchester United sedang mengungguli tempat ke enam liga, itu tidak bermakna peminat setia mereka kena tinggal dalam gua. Tidak, bukan begitu. Chevrolet Malaysia beri anda peluang untuk bersama pasukan ini menerusi satu peraduan mudah.

Dilancarkan bulan lepas, kempen yang dikenali sebagai Chevrolet Fan Cup (CFC) merupakan satu pertandingan di peringkat global. Ia membolehkan pemenang bermain di Stadium Old Trafford milik Manchester United.

BACA: PELUANG JADI PEMAIN MU DENGAN CFC

BACA: TERLUPA PARKIR DI STADIUM, 6 BULAN BARU JUMPA

Seramai 64 orang peminat akan dibawa menikmati pengalaman seperti seorang pemain pasukan Manchester United yang bersiap sedia sebelum memulakan perlawanan.

Untuk mengambil bahagian dalam pengalaman sekali seumur hidup ini, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

  • Ikuti dan Like laman Facebook rasmi Chevrolet Malaysia
  • Hantar kompilasi video atau foto ke laman Facebook rasmi Chevrolet Malaysia yang menunjukkan minat anda terhadap MU
  • Hantarkan video atau foto di ruangan komen post Facebook CFC 2017 dan #ChevroletFanCup untuk penyertaan anda
  • Simpan post CFC bagi memudahkan anda mencarinya semula nanti
  • Tertakluk kepada terma dan syarat

Hanya 20 hari lagi sebelum tarikh tutup penyertaan CFC. Kami rasa ia peraduan yang mudah sebab tak perlu panduuji atau kena beli kereta Chevrolet pun.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati http://www.chevrolet.com.my/page/article/chevrolet-fan-cup atau ikuti laman facebook Chevrolet Malaysia dan Instagram @Chevrolet_MY.

 

 

Google ads
Back to top button