HARGA BAHARU MODEL NISSAN DENGAN SST – TURUN SEHINGGA RM5,400

SHARE

Selari dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan berkuat kuasa pada 1 September 2018, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia hari ini mengumumkan harga baharu untuk model-model Nissan termasuk 10% cukai jualan.

Nissan Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan X-Trail akan ditawarkan pada harga bermula RM69,800 sehingga RM153,800 yang lebih rendah berbanding struktur harga Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Manakala harga trak pikap Nissan Navara kekal pada 0% GST sementara stok masih ada.

Harganya bermula dari RM77,330.97 untuk 2.5L kabin tunggal sehingga RM119,869.08 untuk  VL Plus (dwi kabin) yang dilengkapi ciri Intelligent Around View Monitor (I-AVM).

Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk insurans dan sah untuk pendaftaran peribadi individu sahaja.

PUSAT 3S NISSAN DIBUKA DI TAWAU

Caj penyelenggaran perkhidmatan selepas jualan oleh Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) pula akan tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan tersebut. 

ETCM juga memperkenalkan kempen ‘Malaysia Day Bonus’ yang menawarkan rebat menarik sehingga RM8,000* ke atas model-model terpilih Nissan.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Nissan untuk memandu uji Navara VL Plus yang baru dilancarkan dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dan model-model Nissan lain.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88-3838.

Share this post

scroll to top