Buletin

HARGA BARU UNTUK HONDA HR-V & CR-V 2WD – KINI LEBIH MURAH 

Bermula 1 Mei 2017, SUV Honda HR-V dan CR-V 2.0 2WD akan ditawarkan pada harga baru selepas pelaksanaan eksais duti harga di atas jalan (OTR) dengan insurans, berikutan klasifikasi semula kod tarif kastam yang baru. 

Jadi, harga HR-V akan bermula dari RM101,000 hingga RM121,000 turun sekitar RM1,100. Sementara harga CR-V 2.0 2WD pula ialah RM141,500 seunit berbanding RM142,900 sebelum ini.

MODEL/HARGA HARGA BARU (RM)
HR-V 1.8L S 101,100.00
HR-V 1.8L E 110,700.00
HR-V 1.8L V 121,000.00
CR-V 2.0L 2WD i-VTEC 141,500.00

Selain pengumuman harga baru, Honda Malaysia juga melancarkan dua kempen menarik sepanjang bulan Mei ini. Kempen pertama sempena musim perayaan iaitu ‘Nikmati Musim Bonus’ akan bermula pada 1 hingga 31 Mei  2017.

Para pelanggan akan menikmati servis percuma (alat ganti dan kos buruh) selama dua tahun atau opsyen tunai, selain Ganjaran Honda sehingga RM12,000.

Kempen kedua ialah acara di semua bilik pameran Honda di seluruh negara pada Sabtu, 13 Mei 2017 bermula dari jam 10 pagi hingga 4.00 petang sempena sambutan Hari Ibu. Di samping hadiah untuk pandu uji dan cabutan bertuah, golongan ibu dan wanita akan menerima bunga ros dan kad ucapan yang dibuat sendiri oleh anak mereka.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini, kunjungi mana-mana 88 pengedar sah Honda di seluruh negara, hubungi nombor tol percuma di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

BACA: HONDA MALAYSIA BUKA PUSAT 4S TERBESAR DI MALAYSIA – LIBATKAN PELABURAN RM40 JUTA 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button