Buletin

HARGA PETROL NAIK LAGI. DISEL KEKAL TAK BERUBAH

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 16 sehingga 22 Februari 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  • Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen – kini RM2.28 seliter
  • Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 1 sen – kini RM1.98 seliter
  • Harga runcit diesel pula kekal pada harga RM2.18 seliter.

Harga runcit mingguan baharu petrol dan diesel ini berkuatkuasa mulai 16/02/2019 hingga 22/02/2019:

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, harga purata produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada USD62 setong kepada USD63 setong bagi petrol RON95 dan daripada USD73 setong kepada USD74 setong bagi diesel.

Peningkatan harga pasaran global ini telah menyebabkan kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel. Namun harga runcit petrol RON95 masih lagi di bawah paras penstabilan harga yang dijanjikan oleh Kerajaan iaitu RM2.20 seliter.

Bagi produk diesel, peningkatan harga pasaran ini menyebabkan harga runcit produk diesel sepatutnya naik sebanyak 1 sen seliter berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, menjadikan harga pasaran sebenar sebanyak RM2.20 seliter.

Kenaikan minima bagi kedua-dua produk ini juga didorong oleh faktor pengukuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding mata wang Dollar Amerika Syarikat (USD).

Walau bagaimanapun, selaras dengan janji Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel pada paras RM2.18 seliter, harga runcit diesel bagi tempoh 16 Februari 2019 sehingga 22 Februari 2019 adalah dikekalkan pada paras RM2.18 seliter dan bukannya RM2.20 seliter.

Google ads
Back to top button