Buletin

HARGA PORSCHE CAYENNE DIUMUMKAN

Pengimport rasmi kenderaan jenama Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru-baru ini melancarkan dan mengumumkan harga model SUV Porsche Cayenne.

SONY DSC

Cayenne yang disifatkan sebagai kereta sports dalam kalangan SUV itu  memiliki rekaan lebih menarik, efisien dan dipasang dengan pelbagai ciri baru.

porsche-cayenne-2015-mekanika  (6)

Harga Cayenne adalah seperti berikut:

· Cayenne V6 bermula dari            RM640,000

· Cayenne Diesel bermula dari     RM640,000

· Cayenne S bermula dari              RM760,000

· Cayenne S bermula dari              RM770,000

· Cayenne S Diesel bermula dari             RM780,000

· Cayenne GTS bermula dari         RM900,000

· Cayenne Turbo bermula dari      RM1,150,000

porsche-cayenne-2015-mekanika  (3)

Harus tahu bahawa Cayenne kini lebih berprestasi tanpa berkompromi dengan aspek penjimatan bahan api. Ciri-ciri seperti Stop/Start automatik dan pengurusan suhu yang digunakan membolehkan bahan api dijimatkan di antara 0.7 l/100km sehingga 9.2 l/100km berbanding model sebelumnya.

Semua varian enjin telah dinaik taraf demi menawarkan pemanduan yang lebih mengujakan kepada pemandunya. Sebagai contoh, enjin aspirasi biasa 3.6 liter V6 kini mampu menjana kuasa sehingga 300hp, memecut dari 0 hingga 100kmj dalam masa 7.7 saat, 0.2 saat lebih pantas berbanding sebelumnya.

Cayenne S E-Hybrid

Model plug-in hybrid pertama dalam segmen SUV premium, Cayenne S E-Hybrid dikatakan mampu menawarkan penggunaan bahan api mengagumkan. Model itu dilengkapi bateri berkapasiti 10.9 kWh. Gabungan motor elektrik dan enjin 3.0 liter V6 itu berupaya menawarkan penjimatan sehingga 3.4 liter bagi setiap 100km!

porsche-cayenne-2015-mekanika  (5)

Semua varian ini hadir bersama jaminan kilang dan pakej penyelenggaraan percuma selama empat tahun. Harga tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button