Buletin

HARGA RASMI CERATO KOUP TURBO-GDI

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia akhirnya mengumumkan harga model Cerato Koup Turbo Gasoline Direct Injection (T- GDI) iaitu RM135,888 seunit.

Kia-Cerato-Koup-MEKANIKA

Naza Kia telah memperkenalkan model berkenaan lebih awal dan menawarkan sesi pandu uji kepada media pemotoran sekitar Mei lalu. Ketika itu, harga akhir Cerato Koup T-GDI masih belum dapat ditetapkan.

Di bawah hud Cerato Koup Turbo-GDI tersedia enjin 1.6 liter Turbo-GDI. Ia berupaya menghasilkan kuasa  204PS dan tork setinggi 265Nm. Agihan kuasa ke roda hadapan disempurnakan oleh transmisi automatik enam kelajuan.

kia-cerato-koup-turbo-gdi-mekanika (3)

Di atas kertas, Kia Cerato Koup berupaya memecut dari sifar hingga 100km/j dalam tempoh 7.4 saat.

Cerato Koup Turbo-GDI dibangunkan berasaskan kepada rekaan ‘dynamic muscularity’ untuk tampil lebih berani dan moden.

kia-cerato-koup-turbo-gdi-mekanika (1)

Rekaan gril radiator yang nipis bersama lampu hadapan HID dan lampu kabus LED menyerlahkan imejnya yang sporty.

Profil jentera dua pintu itu diserlahkan lagi menerusi pintu tanpa bingkai, bingkai tingkap dan hendal pintu dengan warna hitam berkilat serta rim aloi bersaiz 18 inci.

kia-cerato-koup-turbo-gdi-mekanika (2)

Beralih ke bahagian belakang,  perincian moden dapat dilihat pada lampu brek ketiga LED dan kemasan bampar gentian karbon. Melengkapkan imej berkenaan ialah kombinasi lampu belakang yang turut menggunakan ciri LED.

Sementara itu, bahagian kabin memfokuskan kepada pemandu. Kia menggunakan material lembut pada papan pemuka dan pintu agar lebih premium.

kia-cerato-koup-turbo-gdi-mekanika (2)

Di hadapan pemandu ditawarkan kluster supervision daripada skrin LCD TFT berwarna. Keselesaan pemandu dirangsang dengan Electric Lumber Support dan pengudaraan pada kerusi.

Senarai peralatan lain yang ada pada Cerato Koup ialah stereng berkuasa  (MDPS)  dengan flex steer. Ciri flex steer menawarkan tiga mode pemanduan iaitu Comfort, Normal dan Sport.

kia-cerato-koup-turbo-gdi-mekanika (5)

Tidak ketinggalan, skrin sentuh 4.2 inci, kamera undur, butang push start dan sistem audio dengan enam pembesar suara.

Ciri premium lain termasuklah bumbung matahari, sistem lampu pintar dan pendingin hawa automatik dua zon bersama ionizer serta sistem defog automatik.

kia-cerato-koup-turbo-gdi-mekanika (4)

Demi memberi ketenangan minda kepada pemilik, model keluaran Korea Selatan itu dilengkapi senarai ciri keselamatan seperti Vehicle Stability Management (VSM), Electronic Stability Control (ESC), Electronic Brake Distribution (EBD), Anti-Lock Braking System (ABS), Brake Assist System (BAS), Front dan Rear Parking Sensors, Hill-Start Assist Control (HAC), enam beg udara serta ISOFIX.

Bagi mereka yang berminat, Naza Kia menawarkan tiga warna pilihan iaitu merah, hitam dan putih.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button