HELMET HJC DEADPOOL – SEJUK KAN? (COOL RITE?)

SHARE

Dah tonton Deadpool 2? kejam kan? patutlah klasifikasi pun untuk dewasa. Putus tangan kepala kaki perut semua memang ganas.

Kalau kau rasa nak jadi ejen pasukan khas Wade Wilson sekarang HJC dah buat replika Deadpool pada model helmet HJC RPHA 11. Ini bukanlah model ayam, RPHA 11 dibina daripada gentian karbon dan gentian hibrid kaca karbon, yang berfungsi untuk meningkatkan prestasi ketahanannya – tapi lebih ringan.

BACA: HELMET HJC IRONMAN DAN SPIDERMAN

Untuk pengudaraan, ia dilengkapi ventilasi atas aerodinamik, lubang di bahagian dahi yang baru dan pembentukan semula lubang pengambilan di bahagian sisi.

Jika suhu mula panas, penutup khas dilengkapi bahagian dalaman yang sejuk dengan fabrik anti-bakteria terkini dan pengering kelembapan yang lebih baik untuk pengeringan yang cepat.

Ia juga dilengkapi dengan visor yang dibesarkan. Ia menawarkan ruang penglihatan yang luas. Ia tidak murah. Harganya di Eropah ialah RM2,500 seunit. 

Share this post

scroll to top