HELMET MOMODESIGN DENGAN KIPAS BINAAN DALAM. MENYEJUKKAN KEPALA!

SHARE

Di negara-negara tropika, masalah utama bila bercakap tentang topi keledar motosikal, bila di pakai, ia panas. Memanaskan kepala, khususnya bagi model rekaan fullface dan juga flip-up. 

Itu termasuklah jaket keselamatan, seluar dan kasut yang mempunyai perlindungan penuh pastinya boleh menyebabkan anda mandi kalau ride pada musim tak ada hujan langsung. Tapi apa boleh buat? keselamatan tetap satu benda yang perlu difikirkan bila menunggang jentera dua roda ini.

Ya. sekarang jenis ramai yang pakai jeans separuh lutut, sneakers dan tshirt sambil merembat R1. Bersangka baik, mungkin mereka keturunan biawak.

Berbagai produk dan inovasi dihasilkan untuk memberikan keselesaan kepada penunggang motosikal. Ini salah satunya.

Dihasilkan oleh Momo Design. Helmet yang dikenali dengan nama The Aero ini menjamin kepala anda lebih sejuk. atau setidak-tidaknya berasa dingin.

Menggunakan teknologi yang dipanggil Tornado Ventilation System, helmet ini direka dengan sebuah kipas yang dipasang di bahagian dalam yang mengesan kelajuan motosikal. Di saat motosikal dipandu laju, kipas akan terpadam sementara ketika kelajuan berada di bawah paras 50km/j, kipas akan berputar secara automatik.

Bagaimana kipas ini mengesan tahap kelajuan?

Ia dipasangkan dengan sensor GPS, ia disambungkan dengan telefon pintar dengan sambungan bluetooth. Kipas ini digerakkan oleh kuasa bateri lithium-ion 1.8 amp/3.7 volt yang boleh dicas semula menggunakan kabel mikro USB. Menurut pengeluarnya, bateri tersebut mampu bertahan untuk 8 jam penggunaan.

Apa pendapat anda? sesuai agaknya di Malaysia?

Share this post

scroll to top