Buletin

HONDA ACCORD FACELIFT – POTONGAN RM5,000 UNTUK MODEL 2.4L

Honda Malaysia hari ini sedan eksekutif yang telah direka semula iaitu Accord. Model generasi ke-9 itu menawarkan pakej yang lebih bernilai untuk wang dan mengekalkan ciri-ciri premium pada semua variannya.

Meraikan ulang tahun ke-40 pada tahun ini, lebih 75,000 unit Accord berjaya dijual di Malaysia sejak ia diperkenalkan pada tahun 2001.

Accord facelift akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.0VTi (RM144,800), 2.0VTi-L (153,800) dan 2.4VTi-L. (RM172,800) Varian paling tinggi dikuasakan oleh enjin Teknologi Earth Dreams Honda demi menawarkan pengalaman pemanduan lebih mengujakan dan menjimatkan bahan api. MOdel flagship 2.4L kini murah RM5,000 berbanding model sebelum ini.

accord new (1)

Penampilan luaran Accord telah direka semula agar lebih sofistikated dan maskulin. Ia dapat dilihat dengan jelas rekaan bampar hadapan baru. Di samping lampu utama LED pada bahagian hadapan dan belakang, serta rim dua tona berwarna hitam dan perak.

Di bahagian kabin, sedan mewah ini dilengkapi unit paparan audio skrin sentuh bersaiz tujuh inci bersama iMID yang serasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri telefon bebas tangan dan MirrorLink pula pasti memudahkan lagi urusan untuk berkomunikasi dan berhibur ketika memandu.

accord new (3)

Accord kini dilihat lebih premium. Untuk varian 2.0VTi, ia hadir dengan ciri-ciri seperti butang penghidup enjin dan kawalan jelajah. Model 2.0VTi-L yang merupakan varian paling laris pula semakin menarik dengan pelbagai ciri tambahan seperti LaneWatch Camera, Cermin Pandang Belakang Auto Malap, Penggilap Cermin Automatik, Tempat Duduk Kuasa untuk Penumpang Hadapan dan enam beg udara.

Memandangkan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Honda, ketiga-tiga varian Accord kini dilengkapi enam beg udara. Selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), Multi-Angle Rearview Camera dan ISOFIX.

accord new (2)

Berdasarkan kepada data dalaman Honda Malaysia, TIV dari Januari hingga Ogos tahun ini jatuh sebanyak 15% berbanding tempoh sama tahun lalu. Dengan jualan keseluruhan bermula Januari hingga Ogos 2016 mencecah 55,751 unit, Honda Malaysia berjaya mengekalkan posisi No. 1 dalam segmen kenderaan Bukan-Nasional.

Untuk tempoh sama, perkongsian pasarannya mencecah 15%, sekali gus membolehkan Honda mengekalkan kedudukan No.2 dalam keseluruhan TIV.

accord new (6)

“Kami dapati pengguna di Malaysia masih gemarkan sedan berbanding jenis kenderaan yang lain. Jadi, Accord jelas melengkapkan tawaran siri sedan kami yang terdiri daripada City dan Civic di Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi.

Accord menjadi model pertama Honda yang ditawarkan dengan warna baharu iaitu biru (Obsidian Blue Pearl). Warna-warna baru lain yang ditawarkan ialah putih, perak, kelabu dan hitam.

accord new (4)

Dengan sasaran jualan sebanyak 500 unit sebulan, sedan dijangka dapat membantu Honda Malaysia mencapai sasaran jualan 90,000 unit kenderaan pada tahun ini.

Honda Malaysia yakin bahawa pengalaman pemanduan premium  bersama pakej luar biasa yang ditawarkan oleh Accord baharu mampu membuatkannya kekal popular dalam segmen D.

IMG_7035

Bagi memberi lebih nilai dan kemudahan kepada pelanggan, Accord hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had bersama selang servis setiap 10,000km.

Maklumat lanjut mengenai Accord baharu atau ingin menempah sesi pandu uji, sila kunjungi mana-mana daripada 888 pengedar Honda di seluruh negara. Anda juga boleh menghubungi talian Tol Percuma Honda: 1-800-88-2020 atau layari laman web:  www.honda.com.my

Google ads
Back to top button