Buletin

HONDA AIRCRAFT COMPANY MULA JUAL HONDAJET KE PASARAN ASIA TENGGARA 

Honda Aircraft Company akan memulakan jualan jet keluarannya di beberapa pasaran Asia Tenggara sebagai langkah merebut peluang pertumbuhan ekonomi yang pesat di rantau tersebut.

Pengumuman itu dibuat pada acara Persidangan dan Pameran Perniagaan Penerbangan Eropah (EBACE) di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

Justeru, Honda Aircraft Company telah melantik Thai Aerospace Services (TAS) sebagai pengedar pertama HondaJet di Asia Tenggara. Langkah itu membolehkan HondaJet dijual ke pasaran Thailand, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura dan Vietnam.

TAS memiliki pengalaman selama lebih 40 tahun industri penerbangan. Berpangkalan di Bangkok, ia bertanggungjawab ke atas aspek jualan, servis dan sokongan ke atas HondaJaet yang ditawarkan pada harga AS$4.5 juta (RM19.3 juta) seunit.

HondaJet berkapasiti tujuh tempat duduk itu mula diperkenalkan pada tahun 2015 dengan tempahannya kini mencecah 100 unit. Reka bentuk dengan enjin diletakkan pada bahagian atas sayap memberikan ruang kabin lebih luas. Penjimatan bahan api dan pecutan juga menjadi antara kelebihannya.

Honda kini sudah mempunyai pengedar HondaJet di Amerika Utara, Amerika Latin dan Eropah. Pada pertengahan April lalu, 42 buat jet telah diserahkan kepada pelanggan paling banyak dalam kelasnya.

BACA: HONDAJET JALANI SESI UJIAN 

Beribu pejabat di Greensboro, N.C., Honda Aircraft Company kini berusaha meningkatkan produksi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

GALERI

Google ads
Back to top button