Buletin

HONDA AMAZE 2018 – BAKAL DIJUAL PADA FY 18-19 DI PASARAN INDIA

Honda Cars India Ltd. (HCIL) baru-baru ini memperkenalkan Honda Amaze generasi kedua pada acara Auto Expo 2018 di India.

Ini merupakan premiere dunia Honda Amaze dan ia dijangka dilancarkan secara rasmi ke pasaran India pada tahun lkewangan 2018-2019. 

“Kami komited ke atas pasaran India dan mahu melancarkan enam model baharu dalam tempoh tiga tahun. Kami yakin Amaze mampu mengukuhkan kedudukan Honda dalam pasaran massa,” kata Presiden dan Wakil Pengarah Honda Motor Co., Ltd., Takahiro Hachigo.

Amaze yang dibangunkan di atas platform serba baharu ialah versi sedan Honda Brio dan diposisikan ke dalam segmen A. Kalau di Malaysia, ia akan bersaing dengan sedan seperti Perodua Bezza dan Proton Saga.

Seperti yang adan boleh lihat, rek bentuk jentera itu menerima perubahan ketara berbanding model sebelumnya. Ia kini tampil dengan gril hadapan krom yang lebih besar dan tebal, sama seperti model City dan Civic.

Lampu utama juga lebih nipis, sementara sepasang lampu kabus dipasang pada bahagian bawah bampar hadapan. Melihat ke bahagian belakang, lampunya cuba untuk meniru reka bentuk lampu Civic yang berbentuk C itu. Malangnya ia kurang menjadi.

Rang kabin direka ringkas dengan papan pemuka yang agak menegak. Secara keseluruhannya, sistem infotaimen, butang kawalan pendingin hawa dan audio kelihatan lebih premium berbanding Amaze sebelum ini.

Amaze dilapor masih mengekalkan enjin sama iaitu V-TEC petrol bersesaran 1.2 liter dan enjin diesel i-DTEC 1.5 liter. Enjin itu kemudian akan dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau CVT.

Sejak dilancarkan pada tahun 2013 di India, Amaze semakin popular dalam kalangan pengguna di sana. Amaze serba baharu dibangunkan oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. yang berpangkalan di Bangkok selepas mengambil kira keperluan dan gaya hidup pengguna di India.

Google ads
Back to top button