HONDA BRIO BAKAL DIEKSPORT DARI INDONESIA KE ASEAN, MALAYSIA BAGAIMANA?

SHARE

Jika anda mengikuti perkembangan kereta kompak di Indonesia dan Malaysia, ada satu isu yang dibicarakan dalam media sosial iaitu persaingan di antara Honda Brio dan Daihatsu Sirion.

Di Indonesia, umum mengetahui bahawa Sirion adalah Perodua Myvi buatan negara kita, spesifikasinya bagus tetapi kalah dengan jualan Honda Brio.

Salah satu punca kenapa Brio lebih laris ialah harganya yang rendah iaitu dari IDR 139,000,000 (RM 40,492) hingga IDR 190,0 00,000 (RM 55,391). Harga Daihatsu Sirion 1.3 pula dari IDR 182,500,000 (RM 53,096) hingga IDR 195,000,000  (RM56,729).

Harga Sirion lebih tinggi kerana ia diimport dari Malaysia berbanding Brio yang dipasang di Indonesia. Di sana Sirion dilihat bersaing dengan jenama yang lebih kukuh iaitu Honda Jazz dan Toyota Yaris. Lagi pula dari segi saiz, Brio lebih kecil berbanding Myvi.

Jualan Sirion selama sepuluh bulan iaitu dari Februari hingga November 2018 hanya 1,249 unit, jauh ketinggalan berbanding jualan Myvi di Malaysia.

Sebagai perbandingan, jualan Brio pada bulan Oktober 2018 di Indonesia mencecah 6,703 unit. Jualan Honda Jazz pada bulan yang sama ialah 1,332 unit. Ketara bukan?

Dengan sambutan Brio yang menggalakkan sudah tiba model ini dieksport ke luar dan berdasarkan kenyataan PT Honda Prospect Motor (HPM), rancangan pertama ialah ke negara ASEAN.

Brio buatan Indonesia akan mula dieksport dan negara pertama ialah Vietnam. Ini menjadikan model buatan Indonesia itu sebagai negara pertama yang mengeluar dan mengeksport Brio generasi kedua.

Brio generasi pertama dikeluarkan di beberapa buah lokasi iaitu Thailand, Indonesia dan India. Selain tiga negara tersebut, Brio generasi pertama turut dijual di Filipina dan Afrika Selatan.

Melalui perancangan eksport ini, adakah Brio bakal dijual di Malaysia? Sukar rasanya disebabkan beberapa perkara.

Pertama ialah harga, kereta segmen A jenama luar iaitu Kia Picanto dijual pada RM 50,000 dan ia tawaran terendah. Jika Brio dapat menyaingi harga tersebut pun belum tentu kerana sebab kedua ialah segmen ini sudah sesak dengan Perodua dan Proton.

Dari Axia hingga ke Bezza dan dari Proton Saga hingga ke Iriz. Kedua ialah pengguna tempatan begitu cerewet dengan spesifikasi. Lihat sahaja Myvi 1.5 Advance, canggih macam kereta mewah.

*1 RM = 3,437.39 IDR

BACA: HONDA JAZZ GE, MODEL PALING DRAMATIK, HARGA SAMPAI RM116K!

BACA: PADA 2010, HONDA PERKENAL CR-Z. MAMPU TIDAK JADI LEGENDA MASA DEPAN?

Share this post

scroll to top