PUSAT 3S TERBESAR HONDA DI SELAYANG

SHARE

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) hari ini secara rasminya melancarkan sebuah pusat 3S di Selayang, Selangor.  

SONY DSC

Kah Motor Selayang merupakan pengedar pertama yang mengadaptasi kemudahan bernilai tinggi di bawah identiti korporat (CI) Honda demi menawarkan perkhidmatan premium kepada para pelanggannya.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

“Objektif pengenalan CI Honda yang baru adalah untuk memberikan pengalaman selepas jualan yang memenuhi ekspektasi pelanggan. Sekali gus menjadi yang terbaik di rantau ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

SONY DSC

Penambahbaikan itu melibatkan tiga aspek iaitu façade, bahagian dalaman dan luaran serta ruang servis. Bahagian luaran pusat  3S tersebut memiliki penampilan moden, dengan reka bentuk dan skim warna yang baru.

Sementara ruang dalaman pula dilengkapi lounge, ruang kanak-kanak dan macam-macam lagi.

SONY DSC

Bersaiz 157,000 kaki persegi, pusat 3S itu melibatkan pelaburan mencecah RM30 juta. Ia memiliki 28 ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 140 buah kenderaan sehari. Dengan semua naik taraf ini, Kah Motor Selayang berharap dapat menarik lebih ramai pelanggan ke premis tersebut.

Menjelang 2015, Honda Malaysia mensasarkan untuk memiliki 90 pengedar. Sehingga kini, terdapat 75 pengedar Honda di Malaysia dengan 71 daripadanya ialah pusat 3S dan bakinya pusat 1S.

SONY DSC

Jika ingin membuat temu janji atau mengetahui lebih lanjut mengenai pusat 3S ini, sila hubungi Kah Motor Selayang di talian 03-6185 1888 atau layari laman web: www.honda.com.my

Share this post

scroll to top