Buletin

HONDA BUKA PUSAT 3S DI SEMENYIH

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) baru-baru ini telah membuka sebuah pusat 3S baharu di Semenyih.

Honda-dealer-SAG-Ultimate-Semenyih-mekanika (1)

Pusat 3S itu dikendalikan oleh SAG Ultimate Sdn. Bhd. (SAG Ultimate). SAG Ultimate menjadi pengedaran Honda pertama yang direka dan dibina berdasarkan kepada Program Kemudahan Pengedaran Honda baharu.

Diperkenalkan sejak dua tahun lalu sebagai Identiti Korporat Honda yang baru, program itu memastikan semua pengedar Honda dapat menawarkan kemudahan dan kualiti terbaik dari segi jualan serta pengalaman selepas jualan kepada pelanggan.

Honda-dealer-SAG-Ultimate-Semenyih-mekanika (2)

“Semenyih merupakan antara kawasan yang amat pesat membangun di Selangor. Dengan kemudahan baharu dan lokasi strategik, saya yakin SAG Ultimate akan mampu menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan Honda di Selangor,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Dengan pelaburan sebanyak RM19 juta, pusat 3S itu memiliki keluasan binaan 22,000 kaki persegi di atas tanah seluas 61,000 kaki persegi. Ia mempunyai 14 ruang servis yang boleh menyelenggara sehingga 30 buah kereta sehari.

Honda-dealer-SAG-Ultimate-Semenyih-mekanika (4)

Sejak tiga tahun lalu, Honda Malaysia telah mengembangkan rangkaian pengedarnya secara agresif. Sasarannya adalah untuk membuka 90 pusat pengedaran menjelang tahun 2016. Kini, Honda memiliki 86 pengedar dengan 14 daripadanya dilengkapi kemudahan Pusat Badan dan Cat.

Dari Januari hingga Oktober 2015, Honda Malaysia berjaya menjual 74,920 unit kenderaan, melonjak sebanyak 19 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Sekali gus mengukuhkan kedudukan No. 1 dalam segmen kenderaan bukan nasional.

Untuk membuat temu janji, pelanggan boleh menghubungi SAG Ultimate di talian 03-8723 9966 (jualan) / 03-8727 5608 (servis) atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button