HONDA CB500X 2019 DENGAN 4 PERUBAHAN BARU. RIM 19 INCI DAN METER LCD DIGITAL

SHARE

Sejak diperkenalkan pada 2013, siri baru Honda CB500 dua selinder berjaya mengekalkan tradisi falsafah Honda. Enjin yang super lasak, penggunaan bahanapi ekonomikal dan penyelenggaraan yang rendah.

Walaupun dari sudut prestasinya, enjin 471cc ini cuma menghasilkan tak sampai 50 kuasa kuda (pada model CB500X) , ia adalah enjin dua selinder yang berjaya meneruskan legasi CB sebelum ini. Lasak dan dipercayai

CB500X adalah salah satu ahli keluarga CB500 yang terkenal. Saya sudah beberapa kali menunggang motosikal kembara ini. Ia kecil, senang ditunggang berbanding kelas 650cc seperti Versys dan V-Strom. CB500X ini ibarat mengawal Versys 250X.

Ia juga antara produk Honda yang laris di seluruh dunia. Sejak diperkenalkan lima tahun lalu, CB500X telah menjalani beberapa pengubahsuaian. Kebanyakannya bersifat kosmetik. Dua tahun lalu, ia diperbaharui dengan lampu hadapan LED dan ia adalah perubahan yang paling besar setakat ini.

Bagaimanapun di Pameran EICMA 2018 yang sedang berlangsung di Milan Itali, Honda mendedahkan model 2019 CB500X. Sekali imbas tidak nampak perubahan yang besar, namun jika diamati, ia menerima pengubahsuaian agak banyak juga.

1. RIM BARU DENGAN UKURAN 19 INCI (HADAPAN)

Walaupun nampak seakan sama, rekaan rim CB500X 2019 ini telah diganti baru. Lebih menarik lagi, ia kini lebih “adventure” dengan saiz lebih besar di hadapan.

Roda hadapannya kini dipadankan dengan saiz 19 inci. Sebenarnya lebih cantik kalau ia dipasangkan dengan rim lidi supaya imej “off-road” lebih terserlah.

2. PENGHADANG ANGIN LEBIH LEBAR

Jika diamati dengan teliti rekaan cermin penghadang angin hadapan telah direka semula. Model sebelum ini lebih tirus berbanding model 2019 dengan tapak lebih lebar. Rekaan lampunya juga sedikit berbeza dengan kemasan perumah dalaman titanium gelap.

3. METER LCD DIGITAL

Keseluruhan bahagian instrumentasi motosikal ini telah direka semula. Bentangan meter digital dengan paparan negatif kini lebih lebar. Punat “set” dan “Select” sudah dibuang dan perumah instrumentasi ini juga mengandungi lebih banyak infromasi.

Ia bukan sahaja terlibat pada bentangan meter, tetapi konsol tengah juga telah direka semula dengan sesikit kemasan gentian karbon tiruan yang kelihatan lebih sporty.

4. H.I.S.S (HONDA IGNITION SECURITY SYSTEM)

Walaupun belum ditingkataraf dengan penggunaan sistem tanpa kunci (keyless) sekurang-kurangnya penambahbaikan sistem H.I.S.S ini memberi kelebihan baru pada varian 2019.

H.I.S.S ialah sistem sistem keselamatan elektrikal yang telah digunakan dengan meluas pada model-model Honda sebelum ini. Ia berfungsi sebagai immobilizer untuk mencegak kecurian.

Is seakan sebuah “sistem penggera” yang memerlukan kunci asal dengan sistem pengesan bina dalam untuk menghidupkan enjin. Kunci yang disalin tidak boleh digunakan. Hanya Honda yang boleh mengeluarkan kunci gantian.

GALERI

Share this post

scroll to top