Buletin

HONDA CITY BLACK STYLE – VARIAN TERBARU GRACE HYBRID DI JEPUN

Hampir ke penghujung usia pengeluarannya, setiap pasaran negara khusus akan membuat varian tertentu untuk “menyegarkan” semula kereta ini. Ia salah sebuah sedan segmen B yang sangat popular di Malaysia.

Di Jepun, Honda telah memperkenalkan edisi “BLACK STYLE”. DIkenali dengan nama Honda Grace, edisi khas ini diadaptasikan pada model hybrid.

Ia menampilkan imej “gelap” yang terdiri daripada kemasan krom gelap pada jeriji radiator depan, fabrik gelap dan stereng yang disalut kulit dengan jahitan kelabu.

Di Jepun, sekitar 600 unit Grace dijual setiap bulan dan berikut adalah ciri-ciri yang dipadankan pada Grace BLACK STYLE;

LUARAN
· Front Grill (Dark Chrome Plating)
· Headlight Garnish (Dark Chrome Plating)
· Outer Door Handle (Dark Chrome Plating)
· Rear License Garnish (Dark Chrome Plating)
· LED Rear Combination Lamp (Smoke Type)
· 15 inches Aluminum wheel + steel radial tire

DALAMAN
· Special gray stitch fabric sheet & interior
· exclusive gray stitch leather genuine leather steering wheel (smooth leather + euro stitch)
· exclusive gray stitch main leather steering wheel

HARGA
2,260,000 hingga 2,601,720 Yen

Google ads
Back to top button