Buletin

HONDA CITY FACELIFT AKAN DILANCARKAN DI THAILAND BULAN DEPAN

Honda Thailand telah memaparkan teaser terbaru untuk model Honda City. Ia adalah model MMC (Minor Model Change) atau dalam bahasa mudahnya facelift. Adalah praktis biasa bagi model penumpang Jepun melakukan pembaharuan kecil selepas tiga tahun diperkenalkan.

Honda City generasi ke enam sekarang telah diperkenalkan kepada dunia pada 2013. Sebagai antara model terpenting Honda yang menggantikan Civic, City telah menerima banyak pembaharuan drastik berbanding generasi sebelum ini.

BACA – HONDA CITY HATCHBACK UNTUK CHINA

BACA – EDISI TERHAD JAZZ DAN CITY EXCLUSIVITY

Menerusi foto pilihan yang didedahkan model facelift ini dikatakan akan menggunakan lampu hadapan jenis LED. Lampu belakang rekaan baru serta bampar kemasan baru untuk bahagian hadapan dan belakang.

Ia turut didatangkan dengan lampu nyalaal siang – DRL. Sementara bahagian dalamannya didakwa akan mendapat kemasan kerusi bersalut kulit spesifikasi baru, sistem hiburan dengan sambungan smart link untuk telefon pintar Android dan IOS.

Tiada perubahan pada spesifikasi enjin di mana masih lagi kekal dengan spesifikasi pilihan sekarang. Honda Thailand akan melancarkan secara rasmi model ini pada 12 Januari 2017 akan datang.

 

Honda-City-Dark-Ruby-Red-Pearl-mekanika (1)

Google ads
Back to top button