HONDA CITY HATCHBACK – UNTUK PASARAN CHINA SAHAJA

SHARE

Pada acara Chengdu Auto Show 2016 di China hujung minggu lalu, Honda memperkenalkan model kompak hatchback terbaharunya, Gienia.

Honda-Gienia-China-2016-mekanika (2)

Bakal menjengah pasaran China pada November depan, Gienia ditawarkan pada harga bermula 75,000 yuan (RM45,8000) hingga 110,000 yuan (RM67,000) seunit.

Mempunyai rekaan sebuah fastback, Geinia dibangunkan khas untuk pasaran China sahaja. Gienia merupakan realisasi Concept B yang dipamerkan pada Auto China  2014.

Honda-Gienia-China-2016-mekanika (6)

Honda setakat ini dikatakan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memperkenalkannya ke negara lain. Ia dikilangkan oleh syarikat kerjasama Dongfeng-Honda yang menghasilkan banyak model Honda untuk pasaran tempatan.

Dibina di atas platform Honda City. Geinia dikuasakan oleh enjin empat silinder bersesaran 1.5 liter berkuasa 131hp dan tork 155Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT atau manual lima kelajuan.

Honda-Gienia-China-2016-mekanika (7)

Berukuran cuma 4.5 meter panjang, Gienia diposisikan di antara model Honda Jazz dan Honda Crider. Di pasaran China yang sangat kompetitif, ia bakal bersaing secara langsung dengan model-model seperti Citroen c-Elysee, Volkswagen Jetta dan Chevrolet Cavalier.

Dongfeng-Honda berharap reka bentuk spoty Geinia mampu menarik minat para pembeli, terutama golongan muda. Apatah lagi mereka kini dilihat lebih berminat kepada kereta bersaiz kecil.

(Visited 122 times, 18 visits today)

Share this post

scroll to top