Buletin

HONDA CIVIC BLACK EDITION

Honda (UK) baru-baru ini menawarkan edisi terbaharu Honda Civic yang dikenali sebagai Civic Black Edition ke pasaran United Kingdom.

Honda-Civic-Black-Edition-mekanika (6)

Dihasilkan berdasarkan kepada model Civic versi Eropah, varian khas ini ditawarkan dalam satu kempen sempena musim panas.

Honda-Civic-Black-Edition-mekanika (3)

Civic Black Edition yang dijana oleh unit enjin 1.6 i-DTEC diesel atau 1.8 i-VTEC itu dipasang dengan beberapa elemen berwarna hitam untuk tampil lebih agresif. Antaranya ialah skirting depan, sisi dan bampar belakang. Satu lencana logo Black Edition turut dilekatkan.

Honda-Civic-Black-Edition-mekanika (1)

Spoiler belakang pula menyerlahkan lagi dinamik jentera ini. Penampilan itu kemudian disempurnakan lagi dengan perumah cermin sisi dan penutup tempat mengisi minyak berwarna hitam berkilat.

Honda-Civic-Black-Edition-mekanika (4)

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan Civic Black Edition ini. Ia masih menawarkan versatiliti, kehalusan dan penjimatan yang ditawarkan oleh sebuah Civic,” kata Ketua Kenderaan Honda (UK), Leon Brannan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button