HONDA CIVIC HATCHBACK DILANCARKAN DI INDONESIA – HARGA BERMULA 128K! 

SHARE

Dalam acara Gaikindo Indonesia International Motor Show 2016 pada Ogos tahun lalu, Honda ada mempamerkan model prototaip Civic Hatchback kepada umum.

Semalam, PT Honda Prospect Motor (HPM) melancarkan Honda Civic Hatchback Turbo ke pasaran Indonesia. Sebelum ini, HPM ada menawarkan varian sedan kepada pengguna di republik itu.

Dengan tagline “Drive Sexiness”, varian terbaharu Civic generasi kesepuluh itu nyata tampil dengan reka bentuk yang sporty, agresif dan prestasi pemanduan mengujakan.

“Kami mahu membawa kembali kegemilangan model hatchback Honda. Civic Hatchback menjadi model perintis di Indonesia sejak tahun 1973. Kini ia hadir sekali lagi dengan rekaan baru dan teknologi yang sofistikated,” kaa Presiden dan Pengarah PT HPM, Takehiro Watanabe.

Pengarah Pemasaran dan Selepas Jualan PT HPM, Jonfis Fandy mengakui bahawa segmen hatchback di Indonesia semakin berkembang. Jadi, pengenalan Civic Hatchback dilihat akan membuka satu pasaran baru untuk hatchback mewah.

Civic Hatchback ditawarkan dalam dua varian iaitu E dan S. Harga untuk E ialah Rp438 juta (RM140,600), manakala varian S pula berharga Rp399 juta (RM128,000) seunit. Ia hadir dalam enam warna pilihan iaitu merah, hitam, perak, putih dan kelabu.

BACA: BANGKOK MOTORSHOW – HONDA CIVIC HATCHBACK 1.5 TURBO VERSI MODULO

Hatchback itu dijana oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang mampu menghasilkan kuasa 173PS pada 5,500rpm dan tork maksimum 219Nm pada 5,500rpm, paling tinggi dalam kelasnya. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear CVT yang dibangunkan di bawah teknologi Earth Dreams Honda.

Bahagian luaran jentera itu dibina berdasarkan kepada konsep “Extremely Sporty Design With Innovative Silhouette”. Wajahnya nampak agresif dengan bampar hadapan, lampu utama LED (varian E), lampu nyalaan siang (DRL) LED dan gril yang sporty.

Bahagian belakang pula diserlahkan menerusi lampu kombinasi LED. Ekzos berkembar dan rim bersaiz 17 inci melengkapkan lagi penampilannya.

Dari segi keselamatan, Civic Hatchback dilengkapi enam beg udara (varian E). Selain Hill Start Assist, Vehicle Stability Assist, Anti-lock Braking System (ABS) + Electronic Brake-force Distribution (EBD) + Brake Assist (BA), Brake Override System dan Emergency Stop Signal.

Indonesia tak jauh sangat kan??

Share this post

scroll to top