Artikel PilihanBuletin

HONDA CIVIC MUGEN RR INI UNTUK DIJUAL, MILEAGE HANYA 53K DAN IA “CUMA” RM185K

Peminat kereta Honda di Malaysia mungkin boleh ditakrifkan sebagai taksub dengan jenama. Ia mungkin kelompok jenama kereta paling berkembang pesat sejak 10 tahun lepas, sejak Honda tidak lagi mengeluarkan kereta-kereta ikonik mereka.

Civic Type R JDM sudah lama tiada, Integra sudah mati, Prelude dah arwah dan jangan tanya mana perginya CRX, Delsol, NSX dan S2000 dah lama meninggal dunia.

Pada hari ini, Honda cuma menumpukan kepada pembangunan teknologi hybrid, kereta bandar dan kereta keluarga. Mujur juga ada Type R FK8 dari Swindon, England dan NSX Hybrid dari Amerika Syarikat. Honda Jepun mungkin sedang tidur lena atau juruteranya sibuk main mesin pachinko.

BACA: HONDA CIVIC TYPE-R DILANCAR DI INDONESIA!

Tapi sebenarnya, lebih 10 tahun dahulu, mereka pernah sibuk, cukup sibuk menghasilkan Civic Type-R terakhir dari Jepun. Siapa yang tak kenal Civic FD2R lebih baik makan kismis supaya dapat ingat, inilah warisan terakhir dari Honda Jepun. Kalau ada habbatus sauda juga sila telan dan kau mungkin ingat kereta ini, Honda Civic Mugen RR.

Ia adalah satu-satunya kereta produksi yang dibangunkan oleh Mugen secara khusus. Kereta ini dilancarkan pada tahun 2007 secara dalam talian dan hanya 300 unit sahaja dibina. Apa yang menakjubkan 300 unit tersebut dijual habis dalam masa 10 minit!

Itu menjadikannya siri Honda Civic Type-R paling rare di pasaran dengan hanya satu warna, Milano Red.  Jika kau biasa mengikuti laman web jual beli kereta di Jepun, ia adalah kereta yang jarang sekali diiklankan untuk dijual. Ia seperti sebutir berlian hitam dalam kelompok jutaan berlian putih. Ia menjadi bahan simpanan bagi peminatnya di Jepun.

Apa yang membuatkan Mugen RR ini begitu istimewa?

Kereta ini dibangunkan oleh Mugen secara khusus menerusi konsep kereta perlumbaan mereka – kurangkan berat. Ia hanya seberat 1255kg, terima kasih kepada bampar CFRP dan bonet hadapan aluminium. Bahagian dalamannya menjalani diet dengan sepasang kerusi Recaro SP-X buatan karbon dan beberapa aksesori Mugen yang lain.

Enjin K20A asal juga ditingkatkan dengan peralatan tambahan seperti aci-sesondol Mugen, sistem ekzos lengkap Mugen, ECU Mugen dan akhir sekali, rim 18 inci Mugen yang boleh dianggap sekarang ketua bagi benda yang dicari oleh peminat Honda (selain rim Mugen MF10). Tidak dilupakan juga pengendaliannya juga mendapat talaan khas dari Mugen.

Berminat nak beli?

Semalam laman web jdmauctionwatch mengkilankan kereta ini untuk dijual dan bersedia untuk dieskport. Mereka adalah antara agensi pembeli atau pembida yang popular di Jepun, selalu sangat nampak diorang dapat kereta yang pelik-pelik untuk dijual.

Apa yang menarik?

Kereta ini nampak memang terjaga dan bagi standard Jepun, ia selalunya dinilai pada batuan perjalanannya.

Sebelum kau nak kecam, mari Abang Japar bagitahu, untuk kereta-kereta yang ada cukai jalan di Jepun kau tak boleh pun nak tipu mileage. Setiap kereta perlu jalani pemeriksaan (shaken) tahunan yang memang wajib. Di sana, kereta diperiksa rapi untuk pastikannya selamat di atas jalan dan salah satu kriteria yang dicatatkan sudah tentulah perbatuan.

Civic Mugen RR siri ke 041/300 ini dibuka untuk jualan pada harga 36,500 Euro atau RM185K. Bergantung dari sudut mana kau menilainya. RM185K untuk sebuah kereta yang hanya wujud 300 unit di dunia, ia memang sesuatu yang berbaloi – sangat berbaloi. Cubalah periksa harga Gshock Frogman Takahashi Murakami kalau kau tak yakin dengan Abang Japar.

Sebenarnya, tak berapa lama dulu, ada juga pernah Mugen RR diiklankan di Malaysia. Seingat Abang Japar cuma sekali.

Kereta terpakai tersebut (bukan unregister) yang nak dijual pada harga RM220K kalau tak salah. Seperti biasa, ada komen kepala bana yang bandingkannya dengan kereta baru Renault Megane RS dan recond Evo 10.

Beginilah. Kalau kau tak boleh nak bezakan edisi produksi terhad dan bandingkan cuma kuasa kuda dengan kereta lain, maka lebih baik tinggalkan bacaan ni.

Abang Japar rasa kau sesuai baca page kisah rumah tangga porak peranda atau siakaplipan, rotilipan atau ohlipan.

GALERI

Google ads
Back to top button