Buletin

HONDA CIVIC SPORT 2015

Sempena acara Paris Motor Show 2014 yang bakal berlangsung ticak lama lagi, Honda mendedahkan foto-foto model Civic Sport untuk pasaran Eropah.

Karen Parry - UK

Model facelift ini dikenali sebagai Civic Sport untuk tahun 2015. Proses naik taraf ini turut melibatkan model Civic Tourer. Perubahan ketara dapat dilihat pada bahagian lampu utama yang disepadukan dengan lampu DRL.

Karen Parry - UK

Model hatchback itu dipasang dengan bampar belakang, skirting sisi, spoiler belakang bersama kemasan hitam dan lampu LED yang baru. Ia menggunakan rim aloi bersaiz 17 inci yang unik. Sebagai tambahan, Civic Sport membayangkan rekaan menarik model Type-R yang akan datang dengan bampar hadapan lebih garang.

Karen Parry - UK

Bahagian kabin juga menerima beberapa bentuk penambahbaikan. Antaranya termasuklah fabrik baharu pada tempat duduk, kemasan pintu dengan hendal pintu krom dan panel kawalan bersama kemasan berwarna hitam metalik.

Karen Parry - UK

Model ini menampilkan sistem audio dan informasi Honda Connect terbaharu. Honda Connect menawarkan kemudahan dan ketersambungan dengan ciri-ciri seperti  AM/FM, DAB, radio internet, Bluetooth, navigasi satelit dan kamera mengundur. Sistem itu dikuasakan oleh Android 4.0.4 dengan skrin bersaiz tujuh inci yang berfungsi seperti telefon pintar.

Karen Parry - UK

Bukan itu sahaja, Civic Sport akan ditambah dengan sistem City- Brake Active (CTBA) sebagai satu ciri standard. CTBA yang menggunakan teknologi radar ini berfungsi mengaktifkan brek sekiranya wujud kemungkinan berlaku kemalangan ketika memandu pada kelajuan bawah 30km/j.

Karen Parry - UK

Civic Sport dipacu oleh dua pilihan enjin iaitu 1.6 liter diesel berkuasa 120PS dan 1.8 liter (142PS).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button