Buletin

HONDA CIVIC TOURER

Akhirnya, Honda mendedahkan foto penuh model yang dinamakan sebagai Civic Tourer sebelum ia dipamerkan secara rasmi pada Frankfurt Motor Show September depan. 

ss

Sekali pandang, Civic Tourer jelas memiliki penampilan luaran kemas, bersama ruang kabin yang luas dan versatil. Ia turut menampilkan sistem tempat duduk inovatif Honda (Magic seat). Ruang kargonya mencecah 624 liter sehingga ke garis tingkap. Apabila tempat duduknya dilipat, itu mampu menjadi seluas 1,228 liter!

120813-b-hon

Honda menawarkan model wagon ini dengan dua pilihan enjin iaitu 1.6 i-DTEC turbodiesel daripada siri Earth Dreams Technology dan enjin 1.8 i-VTEC. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik.

Sementara aplikasi Adaptive Damper System (ADS) baharu pula pasti membantu meningkatkan kestabilan dan keselesaan ketika membawa beban yang berat.

120813-h-hon

Honda memberi kebebasan kepada pasukan R&D nya di  Eropah untuk mengetuai proses reka bentuk teknikal dan kreatif Civic Tourer yang akan dilancarkan ke pasaran Eropah pada awal 2014. Jentera ini akan dibina di kilang Honda UK di Swindon yang turut memasang model CR-V dan Jazz.

“Saya amat bangga dengan perkadaran Civic Tourer yang sporty, kemas dan dinamik. Ia seolah-olah menyembunyikan kemampuan sebenar dan versatilitinya. Bagi mencapai utiliti sebenar ke atas sebuah kereta kompak, kami perlu memikirkan bagaimana untuk memanfaatkan sepenuhnya ruang kabin yang secara umumnya boleh memberi kesan kepada reka bentuk.

120813-l-hon

“Terima kasih kepada platform pintar Civic, kami mempunyai kebebasan untuk mengoptimumkan pakejnya. Maka, keputusan akhirnya ialah sebuah kereta yang memiliki siluet seperti kereta sports. Bagi saya, kekuatan kereta ini adalah kefungsian, versatiliti dan ekspresinya yang dinamik,” kata Ketua Projek Civic Tourer, Adrian Killham.

120813-d-hon

Sebagai pasaran yang kurang mesra segmen wagon, saya tidak fikir Civic Tourer akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Lagipun, ia memang dibangunkan untuk pasaran Eropah sahaja.

[hr] Galeri

120813-a-hon120813-c-hon120813-e-hon120813-j-hon

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button