Buletin

HONDA CIVIC TYPE-R 2017 – KERETA PRODUKSI PACUAN RODA HADAPAN TERPANTAS DI LITAR NURBURGRING

Kurang dua bulan sebelum dilancarkan secara rasmi di pasaran Amerika Syarikat (AS), Honda Civic Type-R berjaya merangkul gelaran model produksi pacuan roda hadapan (FWD) paling laju di dunia. 

Sejarah itu dilakar di litar Nurburgring, Jerman dengan catatan masa 7 minit 43.80 saat. Ia hampir 7 saat lebih pantas berbanding Type-R generasi sebelumnya. Selain 3 saat lebih laju daripada rekod FWD sebelum ini.

Menurut Honda, terdapat beberapa faktor menyumbang kepada kejayaan ini. Antaranya ialah enjin berprestasi tinggi VTEC Turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa mencecah 306hp. Enjin yang dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan itu menjadikannya sebagai Type-R paling berkuasa pernah dijual di AS.

BACA: HONDA CIVIC TYPE-R VERSI LEBIH MURAH UNTUK PELANGGAN DI AMERIKA, TIBA TAHUN DEPAN

Aerodinamik kereta yang dihasilkan di kilang Honda di Ohio, AS itu menawarkan kestabilan terbaik dalam kelajuan tinggi. Aspek itu dipertingkatkan lagi menerusi penggunaan suspensi belakang jenis multi-link. Manakala kerangka badan yang tegar itu juga lebih ringan.

“Type-R boleh mengambil selekoh pada kelajuan lebih tinggi kerana ia hadir dengan trek dan tayar lebar. Selain tapak roda yang lebih panjang. Jadi, pemandu boleh melayan selekoh pada kelajuan 150km/j dengan stabil,” kata  Ketua Jurutera Chasis Honda Civic Type-R, Ryuji Kijima. Untuk pasaran AS, Honda turut menawarkan varian Civic sedan dan coupe.

Kita layan dulu video catatan masa yang dilakukan di litar Nurburgring ini.

GALERI

Google ads
Back to top button