HONDA CIVIC TYPE-R DILANCARKAN RM320,000, BOLEH PAKAI PETROL RON 95 TAU!

SHARE

Honda akhirnya melancarkan model yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya di Malaysia. Bertempat di Pameran Malaysia Autoshow hari ini, Honda Malaysia mengumumkan harga Civic Type-R – RM320,000.

Civic Type R ini telah dibawa masuk sejak bulan lepas dan mula dipamerkan sempena perlumbaan Formula One di Litar Antarabangsa Sepang. Sebenarnya, kami menjangkakan kereta ini akan dilancarkan pada awal tahun hadapan kerana Honda Malaysia jarang melancarkan kereta pada penghujung tahun.

Tempahan sudah mula dibuka untuk model ini pada penghujung September lalu dan semalam sewaktu sesi soaljawab bersama Hideki Kakinuma semalam, pihak Honda Malaysia memberitahu sudah lebih 50 unit ditempah. Honda Malaysia mempunyai stok tersedia sebanyak 150 unit yang boleh dihantar kepada pelanggan sehingga  Mac 2018.

Dalam sesi panduuji ringkas semalam, kami juga didedahkan beberapa info menarik mengenai kereta ini. Menurut Pembantu Ketua Projek Type R, Hideki Kakinuma ia masih mengekalkan falsafah Type R. Ringkas, Pantas dan Ringan (Simple, Fast & LIghtweight)

Untuk pasaran Malaysia, enjin 2.0 liter K20C1 ini ditala kepada 310PS (sama seperti spesifikasi Indonesia). Berbeza dengan pasaran global dengan 320ps, kuasa ini disesuaikan dengan piawai bahanapi setiap negara. Mengambilkira faktor ketersediaan RON tinggi yang terhad hanya di bandar-bandar besar, spesifikasi Malaysia sedikit rendah.

Walaupun kurang 10ps berbanding versi asal, Type-R yang diimport dari Swindon UK ini boleh menggunakan bahanapi serendah RON95. Ya. mengurangkan kuasa 10ps dan boleh pakai RON95 lebih penting kami rasa. Bukan soal mampu atau tidak, ia tentang ketenangan fikiran. Nak konvoi ke kawasan kampung pun tak perlu bimbang.

Honda sedar, untuk menjadikan Type-R nya model global, mereka perlu mencipta kereta yang mampu memenuhi keperluan pengguna bagi semua peringkat. Ia boleh dipandu ke pejabat, hantar anak kesekolah dan merempit di touge di Ulu Yam pada hujung minggu.

Bagi tujuan itu, Honda mengggunakan pelarasan berbeza dengan talaan mod “Comfort”, “Sport” dan “+R”. Mod ini mengubah karekteristik enjin, dinamik sistem suspensi dan sensitiviti nisbah putaran stereng. Jadi, anda tak perlu beli dua buah kereta untuk tujuan bereza.

Sepertimana generasi Civic Type-R yang lain, ia kekal dengan DNA dengan transmisi manual enam kelajuan. Namun kali ini, ia dilengkapi dengan sistem rev-match. Ia membantu pemandu yang agresif menukar kedudukan gear tanpa kehilangan puncak kuasa RPM. Secara asasnya, ECU akan melakukan “heal & toe” untuk pemandu. senang kan?  

Model ini dijual pada harga RM320,000 atas jalan tanpa insurans.

GALERI

Share this post

scroll to top