HONDA CIVIC TYPE-R VERSI LEBIH MURAH UNTUK PELANGGAN DI AMERIKA, TIBA TAHUN DEPAN

SHARE

Para peminat Honda Type-R di Amerika Syarikat dilaporkan terpaksa menunggu sehingga tahun depan untuk membeli model Type-R yang lebih murah, ringan dan kurang kelengkapan. Menurut ProJason Honda menerusi Twitter, Honda hanya akan memperkenalkan Civic Type-R baharu dikenali sebagai Touring pada tahun ini. Jentera itu bakal menjadi varian Type-R paling premium yang pernah ditawarkan di pasaran tersebut.

Jualan Civic Type-R yang dibina di kilang Honda di Swindon, UK itu dijangka bermula beberapa minggu lagi. Harganya dikatakan sekitar AS$30,000 (RM120,000) seunit. Jentera  tersebut aab menggunakan khidmat enjin empat silinder turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa mencecah 316hp dan tork 400Nm untuk disalurkan ke roda hadapan.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Varian Civic Type-R yang lebih murah itu bagaimanapun dilihat sesuai untuk pelanggan yang tidak kisah tentang aspek kemewahan dan hanya mahukan sebuah jentera penuh dinamik. Malah, jika dilihat di atas kertas, model asas ini nampaknya lebih hardcore.

Dikenali dengan kod nama FK8G2JEW, Civic Type-R yang lebih murah ini tidak dilengkapi ciri pemanas pada tempat duduk, lampu LED, skrin infotainmen dan banyak lagi. Namun begitu, ketiadaan beberapa ciri tersebut didakwa dapat mengurangkan berat kereta.

BACA: APA? HONDA CIVIC TYPE-R 2018 GUNA KOTAK GEAR CVT??!

Share this post

scroll to top