Artikel PilihanBuletin

HONDA DAN TOYOTA BANTAH IKLAN MENGELIRUKAN CHEVROLET

Baru-baru ini Chevrolet telah menyiarkan iklan produk mereka dalam satu siri video pendek berjudul “Chevy Surprises Competitive Owners When It Comes To Reliability”. Ia diterbitkan sebagai kempen komersial untuk memberitahu pengguna bahawa kenderaan Chevrolet lebih tahan berbanding tiga jenama lain, Ford, Honda dan Toyota.

Dalam siri kempen tersebut, Chevrolet membawa pemilik Ford, Honda dan Toyota dan bertanya kepada mereka adakah mereka akan terkejut jika melihat jenama paling lasak antara keempat-empat jenama yang ada di sana?

Selepas beberapa siri arahan (yang mengelirukan) hos acara membuat kejutan dengan memberitahu bahawa kenderaan yang paling reliable ialah Chevrolet

Walaupun di Amerika, di negara kelahiran Chevrolet sekalipun, tak ada siapa nak percaya realiti tersebut. Tak pernah dalam sejarah peradaban manusia moden Chevrolet boleh kalahkan Honda dan.. Toyota? serius eh?

Rancangan itu kemudiannya mendapat bantahan daripada Ford, Honda dan Toyota. Ketiga-tiga peguam dari syarikat ini telah menghantar surat tuntutan bukti untuk mengesahkan dakwaan dalam segmen komersial tersebut.

Video kempen tersebut kemudiannya telah tarik semula oleh syarikat penyiaran National TV.

Terbaru, kami dapati pautan di youtube https://youtu.be/o2xrEGkIdWs juga telah dipadamkan.

Google ads
Back to top button