Buletin

HONDA DI TANGGA TERATAS PENCARIAN TERTINGGI GOOGLE 2016 – KATEGORI AUTOMOTIF

Enjin pencarian paling popular – Google mengeluarkan ranking terbaru bagi kata kunci carian untuk automotif. Mengejutkan, Honda berada ditempat pertama mengalahkan banyak calon lain. Lazimnya, jenama yang tertinggi di Google terdiri dari model premium dan mewah.

BACA – HONDA CIVIC, CAR OF THE YEAR 2016

BACA – CIVIC 1.0 TURBO UNTUK PASARAN CHINA

Ini adalah senarai penuh  carian yang popular bagi kategori automotif di Google;

1. Honda
2. Mercedes-Benz
3. Tesla
4. Lamborghini
5. Volvo
6. Ford
7. Jaguar
8. Bentley
9. Maserati
10. Rolls-Royce

civic-1-0-turbo-china-1

10 senarai teratas ini menyaksikan hanya Honda dan Ford sahaja merupakan jenama jenama penumpang massa bukan premium. Tahun lalu Honda berada pada kedudukan ketiga selepas Chevrolet dan Dodge. Tahun ini Chevrolet dan Dodge kelaut, tak masuk senarai

Adalah dipercayai bahawa model Honda Civic, Civic Type R, Civic Hatchback dan CR-V menjadi carian tertinggi. Apapun, dengan kemajuan teknologi maklumat di hujung jari, medium laman maya dan laman sosial kini merupakan strategi pemasaran moden yang efektif

 

 

 

Google ads
Back to top button