Buletin

HONDA GIORNO KUMAMON

Honda Giorno iaitu skuter 50cc retro kini menerima penampilan lebih elegan. Diberi nama Honda Giorno Kumamon, skuter itu tampil dengan pelekat diberi bertemakan Kumamon.

honda-giorno-kumamon-mekanika (1)

Kumamon ialah watak anime beruang dari Jepun yang dicipta pada 2010.

Model itu sedia dipasarkan sekitar April hadapan. Edisi Giorno-Kumamon  tampil berbeza daripada segi warna berbanding versi standard. Warna dominan hitam bergaris merah disisipkan pada bahagian hadapan, konsol sehinggalah ke pelana.

Logo Kumamon diletakkan pada bahagian hadapan bersama tulisan Giorno di sisi badan. Honda turut melakar  polkadot dan wajah Kumamon di tepi Giorno.

Menggunakan enjin 50cc satu silinder, skuter itu dilengkapi teknologi eSP (Enhanced Smart power), Idling Stop System dan brek berkembar. Ia didakwa mampu menawarkan penjimatan bahan api mencecah 56.4 km seliter.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button